Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
boleh/boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harus1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manakata yg digunakan utk menanyakan sesuatu (tempat dsb): Awak hendak ke ~?. Yg ~kah adikmu? ~ boleh takkan boleh; mustahil. ~ lagi (pula) tambahan pula; lebih-lebih lagi. ~ tahu boleh jadi; mungkin mana-mana 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. manakan tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
(boleh) dibawa ke tengaha) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
ke tengah(menuju, menghala dsb) ke bahagian tengah. boleh di bawa ~ a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mana bolehtakkan boleh; mustahilKamus Pelajar Edisi Kedua
mubahboleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan (spt makan, berjalan); harus; jais.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harga ini boleh ditolak sedikitboleh dikurangi sedikit;Kamus Dewan Edisi Keempat
kalis apitidak boleh terbakar atau tidak boleh dijilat api (bkn pakaian, pintu dll);Kamus Pelajar Edisi Kedua
boleh di bawa ke tengaha. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas