Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pati (kata nama)
1. Bersinonim dengan sari: perahan, puri,

2. Bersinonim dengan isi: inti pati, inti sari, pokok, abstrak, sedutan, nukilan, petikan, saringan, ekstrak.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stockpatiMakanan dan PemakananTeknologi MakananCecair rebusan tulang, daging, ikan, atau sayur yang mengandungi bahan larut air terekstrak terutama mineral dan digunakan sebagai ramuan asas sup, kuah atau sos. Pati boleh juga dikeringkan dalam bentuk pes dan serbuk.
aromatherapyaromaterapiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik.
bronchitisbronkitisHerbaPemiawaianRadang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
resinresinHerbaPemiawaianCampuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat, tetapi beraroma. Resin boleh didapati dalam rizom halia (Zingiber officinale).
virulencekevirulenanHerbaPemiawaianKebolehan sesuatu mikroorganisma untuk menghasilkan bahan patogenik yang menyebabkan penyakit. Kevirulenan mikroorganisma boleh dihilangkan dengan menggunakan ekstrak herba yang bersifat antimikrob, seperti minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus).
histaminehistaminaHerbaPemiawaianBahan yang dirembeskan akibat tindak balas alahan semasa demam selesema atau alahan terhadap debunga. Kesan histamina boleh dikurangkan dengan mengambil minyak pati daripada daun sirih (Piper betle).
terpeneterpenaHerbaPemiawaianKumpulan sebatian dalam ekstrak herba yang terdiri daripada gandaan isoprena (C5H8). Sebatian terpena boleh dibahagikan kepada hemiterpena, monoterpena, seskuiterpena, diterpena, sesterterpena, triterpena dan tetraterpena. Sebatian terpena boleh mempunyai kumpulan yang berfungsi seperti hidroksil, karbonil dan karboksil. Contoh sebatian terpena ialah zerumbon daripada ekstrak lempoyang (Zingiber zerumbet) dan sitronelal daripada minyak pati serai makan (Cymbopogon citratus).
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.
volatile oilminyak meruapHerbaFitokimiaMinyak bukan lemak yang mempunyai bau dan rasa yang kuat, biasanya menyamankan. Minyak meruap boleh didapati daripada bunga, atau bahagian lain pokok melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim. Terpena merupakan komponen utama minyak meruap di samping campuran aldehid, asid atau alkohol. Terpena lebih mudah diruapkan berbanding minyak sayuran dan diperoleh daripada pelbagai jenis tumbuhan, sesetengahnya mempunyai nama eksotik seperti bois-de-rose, minyak neroli, minyak ylang-ylang, minyak ros otto dan patchouli. Minyak meruap juga digunakan dalam minyak wangi, bahan pewangi dan perasa makanan. Minyak turpentin pula digunakan sebagai pelarut dan penipis cat. Sinonim minyak pati.
Mimosops elengitanjungHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sapotaceae yang dikenali juga sebagai mengkular atau bunga tanjung. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan tumbuh liar di kawasan tanah pamah atau ditanam sebagai perhiasan dan teduhan. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan tepinya beralun. Bunganya kecil, tumbuh tunggal atau dalam jambak yang kecil. Kelopak bunga berwarna putih dan berbau wangi. Akarnya digunakan sebagai ramuan tonik herba. Biji dan bunganya dilumatkan dan ditelan untuk merawat sembelit dan cirit-birit. Air rebusan daun diminum untuk merawat sakit kepala. Asap daun yang dibakar, dihidu untuk merawat resdung dan asma. Air rebusan kulit batang dibuat kumur untuk menguatkan gigi dan gusi, merawat sakit kerongkong, demam panas dan cirit-birit. Serbuk kulit boleh digunakan untuk merawat penyakit reumatik. Kulit yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat kulit yang gatal dan jerawat. Bunganya boleh dibuat hiasan kepala atau pewangi di dalam almari. Minyak pati bunganya boleh dibuat minyak pelita dan kulitnya digunakan sebagai bahan samak.
12

Kembali ke atas