Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pati (kata nama)
1. Bersinonim dengan sari: perahan, puri,

2. Bersinonim dengan isi: inti pati, inti sari, pokok, abstrak, sedutan, nukilan, petikan, saringan, ekstrak.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya perlu menterjemahkan frasa Essential Oil Flavoring yang merujuk kepada minyak pati yang boleh digunakan untuk memperisakan makanan. Manakah terjemahan yang tepat antara Minyak Pati Perisa atau Perisa Minyak Pati? Terima kasih.Sila pastikan penggunaan bahasa Inggeris yang betul untuk mendapatkan padanan Bahasa Melayu yang betul. Bersama-sama ini disertakan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep yang ingin disampaikan.

1. Essential Oil Flavour: Perisa minyak pati
2. Essential Oil Flavouring: Pemerisaan minyak pati
Penyemakan dan penterjemahan14.08.2020
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan?Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak.Ejaan02.07.2015
Salam. Pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia...Pertanyaan saya pati itu perlu dieja dalam huruf kecil atau besar dalam persuratan?Salam, PATI perlu dieja dengan huruf besar kerana ia merupakan salah satu daripada akronim, iaitu kependekan yg terbentuk drpd gabung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan. Contohnya seperti RISDA, MARA dan banyak.Istilah01.07.2015
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
salam, saya ingin bertanya.apakah dimaksudkan sastera panji?,apakah ciri-ciri sastera panji? dan apakah funsi sesebuah sastera panji? kedua apakah buku yang sesuai untuk saya membuat rujukan bagi menkaji sastera panji. terima kasih

Panji adalah kata dalam bahasa Jawa Kuno yang digunakan sebagai gelaran bagi golongan bangsawan. Kemudian kata ini diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita-cerita panji. Ciri-ciri umum cerita panji ialah 1. plot yang yang sama dalam setiap cerita panji. 2. Tema pengembaraan panji untuk mencari kekasihnya 3. Unsur penyamaran dan lain-lain. Antara cerita panji yang terkenal ialah Hikayat Panji Semirang, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Cerita Damar Wulan dan lain-lain. Untuk merujuk lebih maklumat tentang Sastera Panji, saudara boleh dapatkan buku Kesusasteraan Melayu Tradisional yang diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa.

 

Lain-lain12.08.2009

Kembali ke atas