Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh didapati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maklumat boleh didapati melalui laman web ABE di www.abeuk.co.uk maklumat boleh didapati melalui di laman web www.abeuk.co.uk Ayat mana yang betul?

Puan Azian,

Ayat yang betul ialah "maklumat boleh didapati melalui laman web www..."

Tatabahasa10.02.2010
Borang permohonan itu boleh didapati daripada pejabat sekolah. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini??Borang permohonan itu boleh didapati di pejabat sekolah.Makna23.07.2013
BUKU TAJUK DAFTAR ISTILAH INDUSTRI PERKHIDMATAN KEWANGAN BOLEH DIDAPATI DI MANA?? SAYA DI KELANTAN. DIMANA KEDAI BUKU YANG JUAL BUKU TERSEBUTBoleh didapati di kedai buku yang menjadi pengedar buku DBP.Lain-lain29.04.2009
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008
Apakah ejaan yg betul :"ulang-alik" atau "ulang alik". Harap diselaraskan. Sbb kedua2 jenis ejaan boleh didapati dalam laman web DBP/prpm. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "ulang-alik". Kami akan semak laman web PRPM dan membuat pemurnian. Terima kasih.Ejaan13.05.2015
DBP ada menyediakan kamus bahasa latin ke bahasa melayu tak?maksudnya, alihan bahasa? dan di bahagian mana kamus itu boleh didapati di DBP?DBP sehingga kini masih belum menerbitkan kamus bahasa Latin- bahasa Melayu. Harap maklum.Lain-lain05.11.2007
1. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'daripada' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Kurang 'daripada' tiga peratus 'daripada' air mentah yang wujud di muka bumi boleh didapati di tasik dan sungai manakala lebih 97 peratus adalah 'daripada' air bawah tanah. 2. Mohon pengesahan penggunaan perkataan 'dari' dan 'diperoleh' berdasarkan ayat dibawah sama ada sesuai atau sebaliknya: Sumber air mentah di negara kita kebanyakannya 'diperoleh' 'dari' sungai, empangan dan air bawah tanah. Semoga saya mendapatkan bantuan segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih atas respon yang diberikan.Kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuat benda, dan perbezaan atau perbandingan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 269 untuk keterangan lanjut. Daripada contoh di atas penggunaan yang betul ialah "daripada" kecuali perkataan "diperoleh dari" sepatutnya "diperoleh daripada" kerana menunjukkan sumber.Tatabahasa08.01.2010
Cabaran Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu: dan rujukan-rujukan terperinci yang boleh didapati pembaca bagi tujuan tesis Kolej dan Universiti.Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam  Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di institusi pengajian tinggi, awam dan swasta. Lain-lain16.05.2008
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100.
2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat.
Tatabahasa23.01.2013
bagaimana untuk saya menyemak maksud perkataan bagi penggunaan dalam sains dan teknologi? DBP ada menyediakan khidmat kamus secara online tak?Sila rujuk istilah Sains dan Teknologi yang boleh didapati di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka dan di semua pengedar buku DBP. Untuk penyemakan 'online', sila semak di laman prpm.dbp.gov.my.Lain-lain16.09.2009
12345678910...

Kembali ke atas