Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh didapati


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tersuaboleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daun­nya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengoptimuman(optimization)1. Proses mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan kecekapan pengendalian kepada yang paling sesuai dan terbaik. 2. Pelarasan atur cara untuk menggunakan sumber yang boleh didapati dalam sistem dengan cara yang paling berkesan.Kamus Komputer
kawasan output(output area)1. Kawasan dalam ingatan utama yang diperuntukkan bagi simpanan data yang akan dipindahkan ke peranti luar. 2. Tempat hasil pemproses keluar atau boleh didapati.Kamus Komputer
output data(data output)1. Data yang boleh dikeluarkan oleh peranti. 2. Data yang boleh didapati daripada peranti berunsur logik atau output saluran perhubungan berunsur logik.Kamus Komputer
ada1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manu­sia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melem­butkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyak­lah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menye­babkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemuka­kan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan ke­lakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkata­kan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. meng­usaha­kan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), mengan­jurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau me­nim­­­bulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperang­an; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (ke­dudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berseterumempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersua1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daun­nya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan;Kamus Dewan Edisi Keempat
seterumusuh atau lawan (orang perseorang­an): drpd banyak ~, baik banyak sahabat; berseteru mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; menyeterui memusuhi; memperseterukan menjadikan seteru, meng­anggap musuh; perseteruan perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum Islam sentiasa dlm huru­hara, pertelingkahan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sua I; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya; menyuakan 1. menyogokkan, memberi­kan, menyodorkan: Karim ~ sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll); mempersuakan menjadikan bersua (ber­temu, berjumpa), mempertemukan, me­nyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan; tersua bertemu dgn, terjumpa; persuaan pertemuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
talidomida(Ubat) sj ubat penenang yg dahulu­nya pernah diberikan kpd wanita mengandung sehingga didapati kesannya boleh menyebab­kan kecacatan anggota badan bayi yg dilahir­kan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas