rubber cup | cawan getah | Pergigian | Tiada | Bur berbentuk cawan yang diperbuat daripada getah. Ia boleh digunakan bersama pes profilaksis untuk membersihkan gigi sebelum dan selepas rawatan. Bur ini juga boleh digunakan bersama pumis dan witing untuk menggilap restorasi logam. |
flaperon | flaperon | Aeroangkasa | Tiada | Permukaan kawalan lazimnya terdapat pada peluru berpandu yang boleh digunakan sebagai aileron.,Pendaratan dan pelepasan pesawat laut menggunakan ski air.,Permukaan kawalan lazimnya terdapat pada peluru berpandu yang boleh digunakan sebagai aileron. |
front-surface mirror | cermin permukaan hadapan | Pergigian | Tiada | Sejenis alat pergigian yang boleh digunakan untuk melihat gigi atas secara pembalikan. Ia juga boleh digunakan untuk memantulkan cahaya. Cermin ini tidak menghasilkan bayang atau herotan. Permukaan cermin ini disadur dengan rodium. Cermin ini digunakan dalam bidang endodontik. |
plane mirror | cermin permukaan rata | Pergigian | Tiada | Sejenis alat pergigian yang boleh digunakan untuk melihat gigi atas secara pembalikan. Ia juga boleh digunakan dengan memantulkan cahaya. Cermin ini boleh menghasilkan bayang dan sedikit herotan. Cermin yang digunakan adalah jenis cermin biasa. |
Italian hemstitching | jahit sapu tangan Itali | Kesenian | Tiada | Jahit tarik benang yang dijahit berselang-seli tegak dan melintang, boleh digunakan sebagai penyudah kelim. Satu garis yang seakan-akan jahit insang pari kelihatan terbentuk tetapi mempunyai kesan terbuka. Ia juga boleh digunakan untuk menyudahkan kelim di atas kain yang nipis untuk memberi kesan hiasan yang rata dan teguh. |
electronic caries detector | pengesan karies elektronik | Pergigian | Tiada | Alat elektrik yang boleh digunakan untuk mengesan karies awal. Alat ini telah diprogramkan mengikut pembuat untuk memberi bacaan jika ia dihalakan pada gigi. Struktur gigi yang sihat dan berkaries akan memberi bacaan yang tertentu. Alat ini ialah kaedah tambahan yang boleh digunakan selain cara konvensional yang menggunakan daya penglihatan dan prob atau sinar-X. |
colorant | pewarna | Kesenian | Tiada | Bahan yang boleh digunakan untuk mewarnakan bahan lain, seperti pencelup atau pigmen. |
Ethambutol | Ethambutol | AIDS | Tiada | Antibiotik yang boleh digunakan sebagai rawatan kombinasi dengan antibiotik lain bagi pesakit jangkitan tibi dan Mycobacterium avium complex, iaitu jangkitan oportunistik pesakit HIV/AIDS. Contoh, Myambutol. |
Rifabutin | Rifabutin | AIDS | Tiada | Antibiotik yang boleh digunakan sebagai pencegahan dan rawatan secara kombinasi dengan antibiotik lain bagi pesakit Mycobacterium avium complex. Contoh, Mycobutin. |
Rifampin | Rifampin | AIDS | Tiada | Antibiotik yang boleh digunakan sebagai rawatan kombinasi dengan antibiotik lain bagi pesakit jangkitan tibi. Contoh, Rifadin dan Rimactane. |