Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh dipegang

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bertali boleh diheret,
     bertampuk boleh dijinjing.

Bermaksud :

Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hand levelpengaras tanganPertanianTiadaAlat mengukur jarak tegak yang boleh dipegang dengan tangan, biasa digunakan untuk pengukuran awal atau pemeriksaan kemajuan sesuatu projek.
abstractsari; abstrak/niskalaMatematikTiadaBerkaitan dengan sifat tidak konkrit, tidak boleh dipegang atau digambarkan secara jasmani dan dalam peringkat ini, simbol dan penaakulan sahaja digunakan.
wide gripcekak lebarSukanTiadaJarak genggaman pada palang selebar mungkin yang boleh dipegang oleh pengangkat.
position limithad kedudukanPentadbiran PerniagaanTiadaHad bilangan sekuriti, kontrak hadapan atau kontrak opsyen yang boleh dipegang oleh seseorang itu pada sesuatu masa berdasarkan kemampuan pemegang.
pawned item/pawned goodsbarang gadaianEkonomiEkonomi IslamBarang yang dijadikan cagaran untuk mendapatkan hutang. Barang ini merupakan jaminan pelunasan bagi hutang yang tidak dapat dibayar setelah tamat tempoh. Menurut syarak, barang gadaian mestilah terdiri daripada jenis harta bernilai, bermanfaat, halal, boleh dipegang, boleh disampaikan dan tahan lama. Barang gadaian akan dipegang oleh pegadai dan penggadai pula akan membayar upah simpan barang gadaian. Nilai barang gadaian akan menentukan jumlah hutang yang layak diperoleh dan nilainya mestilah melebihi nilai hutang untuk memastikan penggadai mampu melunaskan hutang tersebut. Contoh barang gadaian yang digunakan di Malaysia ialah emas.
benefit pawned itembarang gadaian manfaatEkonomiEkonomi IslamManfaat daripada barang yang dijadikan sebagai barang gadaian. Contohnya, penggadai menggadaikan manfaat mendiami rumah sewanya secara percuma untuk tempoh tertentu sebagai cagaran kepada hutangnya. Fuqaha’ menyatakan bahawa gadaian ini tidak sah kerana manfaat tidak boleh diserahkan dan tidak boleh dipegang.
integrated item pawnbrokinggadaian barang sepaduEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak boleh diasingkan atau dipecahkan untuk dijadikan barang gadaian. Contohnya, kereta, rumah dan pakaian. Pengasingan komponen kereta umpamanya akan menyebabkan kereta itu tidak boleh digunakan. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali tidak membenarkan gadaian dilakukan secara pecahan seperti separuh rumah atau separuh kereta. Hal ini kerana penggadaian sebahagian barang secara berasingan menyebabkannya tidak bermanfaat lagi dan tidak boleh dipegang sebagai barang gadaian.
implant superstructuresuperstruktur implanPerubatanTiadaDentur boleh tanggal yang dipegang, disokong dan distabilkan oleh tiang penyokong yang menonjol dari substruktur dentur.
distal extension (partial denture)sambungan distal (dentur separa)PerubatanTiadaDentur separa boleh tanggal yang dipegang oleh gigi asal di satu hujung landas dentur dan sebahagian dari beban gusinya dipikul oleh sisa batas alveolus.
cantilever bridgejambatan julur tuasPerubatanTiadaDentur separa tidak boleh tanggal, pontiknya dijulurtuaskan dan dipegang di satu bahagian sahaja oleh gigi penyokong.
12

Kembali ke atas