Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh dipercayai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN KREDIBILITIKredibiliti ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan.Makna28.06.2007
1) "daripada" sumber haram/"dari"sumber haram? 2) "daripada" / "dari" sumber yang boleh dipercayai? 3) "daripada" / "dari" sumber hasil jenayah? Yang mana satu betul? Mohon penjelasan.Penggunaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah "daripada". Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan tarikh, masa dan arah seperti dari 15 hingga 21 dan dan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.Tatabahasa07.06.2013
sy nk tahu maksud KREDIBELMenurut Kamus Inggeris Melayu Dewan padanan bahasa Melayu bagi perkataan credible ialah boleh dipercayai.  Makna18.01.2010
Assalamualikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'kredibel'. Adakah perkataan ini boleh digunakan dan sekiranya tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk mengantikanya. Saya sering menggunakan perkataan kredibel untuk menunjukkan betapa wibawa, tepat, boleh dipercayai dan sebagainya bagi sesuatu maklumat. terima kasih tuan.Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan padanan bahasa Melayu bagi perkataan credible ialah boleh dipercayai.  Istilah27.08.2008
Saya ingin bertanya penulisan yang betul bagi perkataan Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. Adakah perlu diitalickan walaupun telah dikurungkan dalam ()? Cth: Boleh dipercayai (Reliable) Pendekatan Amalan baik (Best Practice Approach) RAM (Random Access Memory) Terma Rujukan (Term of Reference - TOR) Soalan kedua: Input / Output perlu diitalickan atau tidak sekiranya digunakan dalam ayat B.M? Bagaimana cara penulisan yang betul? Mohon nasihat daripada yang pakar. Terima kasih.Perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan sekiranya telah diletakkan tanda kurung. Penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang mesti diitalikkan adalah sekiranya dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Perkataan input dan output tidak perlu diitalikkan kerana telah diterima sebagai istilah yang rasmi dalam bahasa Melayu.Ejaan11.10.2012
Adakah ejaan perkataan reliabel (Bahasa Inggeris - reliable) betul/ boleh diterima pakai dan apakah maksud bagi perkataan tersebut?Tidak ada perkataan reliabel dalam bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, padanan yang betul bagi reliable dalam bahasa Melayu ialah boleh dipercayai/boleh diharap.Istilah02.09.2009
maksud perkataan 'autoritatif'

Saudara,

Perkataan autoritatif bermaksud 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna03.10.2009
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu.Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. Tatabahasa07.09.2011
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh+dipercayai">boleh dipercayai, tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
Soalan saya berkaitan dengan pengistilahan Authentic Project di dalam bahasa melayu. di harap mendapat pertimbamgan dengan kadaran segera.Untuk makluman, tidak ada istilah authentic project dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah authentic mempunyai beberapa padanan dalam bahasa Melayu, iaitu sahih, sah,  tulen, lengkap, asli, boleh dipercayai, autentik.  Padanan untuk authentic project bergantung pada konteks yang digunakan sama ada projek yang boleh dipercayai, projek tulen dan sebagainya.Istilah30.01.2011
1234

Kembali ke atas