Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh dipercayai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKEPTISISME

Skeptisisme adalah pergerakan falsafah pada

zaman Yunani. Kumpulan ini mencuba melemahkan

kepercayaan dalam pemerhatian dan taakulan,

sebagai panduan yang boleh dipercayai untuk

memahami dunia, dan mereka bertegang leher

tentang semua kumpulan falsafah dogmatik.

Mereka percaya bahawa manusia dapat

memastikan cara pemerhatian mereka tetapi tidak

dapat memastikan bahawa pemerhatian mereka

membayangkan dunia nyata. Mengikut kumpulan

Skeptik, manusia mesti mengetepikan keputusan

tentang kebenaran atau kepalsuan dalam

persepsinya.

UMUM 
SHURAYH AL-KINDIY

Shurayh al-Kindiy (? – 78 H./? – 697 M.) ialah kadi

yang terkenal. Nama penuhnya ialah Shurayh ibn

al-Harith ibn Qays ibn al-Jahmiy al-Kindiy al-Kufiy.

Dia berasal dari daerah Mukhdaram di Yaman.

Sebahagian penulis menganggapnya daripada

kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. juga seorang

penyair. Dia dianggap sebagai perawi hadith yang

thiqah atau boleh dipercayai ketepatan riwayatnya.

Dia meriwayatkan hadith daripada ‘Umar, ‘Ali, Ibn

Mas‘ud, ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakar dan lain-lain

lagi. Mereka yang meriwayatkan hadith daripadanya

ialah Abu Wa’il Shaqiq ibn Salamah, ‘Amir al-Sha‘biy,

Qays ibn Abi Hazim, Muhammad ibn Sirin, Mujahid

ibn Jabir, Ibrahim al-Nakha‘iy dan lain-lain.

UMUM 
BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

Berita Nasional Malaysia (Bernama) ialah agensi yang berperanan sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
MENTOR

Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua,

dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada

epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus

(Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur

dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor

sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus.

Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah

menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari

ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor

yang baik dan boleh dipercayai.

UMUM 
MORGANWG, IOLO

Morganwg, Iolo (1746–1826) ialah nama

samaran bagi Edward Williams, pujangga (penyair

dan penyanyi) Wales dan juga pengkaji bidang

kepurbaan. Teorinya tentang tradisi purba

pujangga Wales mempengaruhi penubuhan

Gorsedd (takhta), iaitu majlis pujangga Wales.

Eisteddfod Wales moden (perayaan tahunan) juga

berpunca daripada karya Morganwg. Iolo

Morganwg mengasaskan sesetengah ideanya

daripada punca yang tidak boleh dipercayai,

tetapi karyanya ketika itu diterima oleh ramai

orang Wales. Dia lahir di Llancarfan, di Glamorgan

Selatan.

UMUM 
AIR PANCUT REMAJA

Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah

mata air khayalan. Banyak cerita legenda

menceritakan  air pancut ini di Eropah dan

Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan

orang tua menjadi muda dan menyembuhkan

pelbagai jenis penyakit.

UMUM 
POPULISME

Populisme ialah pergerakan politik Amerika

yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun

1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan

menambah penawaran wang, memperketatkan

peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan

perubahan lain yang dipercayai boleh membantu

golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga

melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan

kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin

pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai

warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan

orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan

semangat.

UMUM 
SHAMAN

Shaman ialah seseorang yang dianggap

memiliki kuasa tertentu yang didapati daripada

hubungan terus dengan kuasa ghaib, biasanya

dalam mimpi atau bersawai. Istilah ini berasal

daripada perkataan Mongolia, tetapi manusia di

banyak kawasan mempunyai Shaman yang

dipercayai boleh menghalau roh jahat atau

membawa kebaikan terutamanya dengan merawat

penyakit. Shaman ditemui dalam kalangan orang

Eskimo, Maori, Mongolia, Polinesia dan

sebagainya. Orang Asli Amerika turut mempunyai

kepercayaan yang sama (lihat Orang Asli Amerika

[Orang Shaman ]).

    

UMUM 
KELEDEK

Keledek ialah sayur yang mempunyai akar yang

besar berisi, boleh dimakan. Keledek dipercayai

mula ditanam di Amerika Selatan. Kini, ia ditanam

di seluruh dunia dan ia adalah makanan yang

penting di banyak negara. Lebih kurang 85 peratus

daripada tanaman keledek di dunia dihasilkan di

China. Keledek kerap dikelirukan dengan keladi,

kerana akarnya yang besar. Bagaimanapun, keladi

tergolong dalam famili yang berbeza.

UMUM 
NYAI RORO KIDUL

NYAI RORO KIDUL, tokoh legenda masyarakat Jawa di Indonesia sekitar tahun 1580-an. Dia dianggap sebagai ratu atau dewi yang dipercayai boleh menguasai jin dan roh ghaib di Laut Selatan, Pulau Jawa. Keturunannya dipercayai masih menjadi penguasa Kesusuhunan dan Mangkunegaraan di Surakarta serta kesultanan dan kepakualaman di Yogyakarta dongeng yang dikisahkan dalam Babad Tanah Jawi, sejarah utama dan rasmi daripada raja-raja Mataram, Raja Mataram yang pertama daripada dinasti itu telah menikahi Nyai Roro Kidul. Semenjak itu penguasa Laut Selatan ini telah menikahi para raja Jawa. Kini, yang dianggap keturunan raja adalah daripada Susuhunan Surakarta dan Sultan Yogyakarta di puri Mangkunegaraan atau Pakualaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas