Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj permainan yg menggunakan bola berat yg digolekkan melalui lorong khas utk menjatuhkan seberapa banyak pin yg tersusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj permainan yg menggunakan bola berat yg digolekkan di lorong khas utk menjatuhkan botol-botol yg tersusun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN MENAMAKAN SEBUAH PROGRAM. MANAKAH YANG TEPAT? - SANTAI BOLING ATAU BOLING SANTAI? STKPermainan Boling Santai, iaitu permainan boling secara santai.Tatabahasa23.10.2017
Adakah istilah Tenpin Boling, betul bagi menggambarkan permainan boling?Istilah yang betul bagi Tenpin Boling ialah Boling Sepuluh PinIstilah22.01.2019
Gramatis tak ayat : " Khairuddin baru pertama kali menyertai acara boling padang."Ayat tersebut betul/gramatis. Terima kasih.Tatabahasa07.08.2007
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELURUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain22.01.2015
Kenapa ada akhbar harian berbahasa Melayu masih menggunakan perkataan yang dieja salah seperti atlit (sepatutnya atlet ), bowling ( boling), stokin ( stoking ) dan lain-lain ? Para wartawan juga kerap menggunakan perkataan 'dan' pada awal ayat. Apakah komen dan tindakan DBP dalam hal ini?Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan terhadap penerbitan akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan kami akui masih terdapat kesilapan baik dari segi ejaan ataupun tatabahasa dalam artikel sesetengah penerbitan. DBP telah mengeluarkan surat teguran kepada pihak penerbitan yang berkenaan.Lain-lain29.11.2009
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih.Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki.

Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Makna24.07.2023

Kembali ke atas