Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bom.ba] | بومبا

Definisi : 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom.ba] | بومبا

Definisi : 1 alat yg digunakan utk mengepam benda cair spt air, minyak; pam: Air dr telaga itu dinaikkan dgn menggunakan ~. 2 pasukan yg tugasnya memadamkan api apabila berlaku kebakaran: ahli ~ orang yg bertugas dlm pasukan bomba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bomba


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah penulisan perkataan 'bomba' ditulis di dalam sesuatu ayat? Adakah kesemua huruf besar atau huruf 'B' sahaja yang besar? Samada Bomba atau BOMBA?

bomba

  • 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran;

Pengejaan kata bomba adalah seperti yang dieja dalam Kamus Dewan, yang dilampirkan di atas. Jika merujuk Jabatan Bomba, maka huruf besar digunakan bagi huruf pangkal "B", iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sekian, harap maklum.  Terima kasih.

Lain-lain04.02.2010
Perkataan ahli Bomba: 1) Adakah tulisan ahli Bomba, huruf B untuk Bomba perlu dalam huruf besar? 2) Adakah "ahli Bomba" kata nama am atau kata nama khas?Huruf kecil kerana ahli bomba kata nama am.Lain-lain10.01.2017
Salam sejahtera. Saya terbaca satu blog kesalahan tatabahasa yang mengatakan bahawa 'ahli bomba' salah yang betul ialah 'anggota bomba' kerana 'ahli' bermakna pakar. Adakah penerangan ini betul? saya masih berjumpa 'ahli bomba' di dalam kamus dewan. sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan ahli juga bermaksud anggota. Oleh itu, ahli Bomba dan anggota Bomba, kedua-duanya betul.Tatabahasa28.02.2012
1)Pasukan polis berkawad. Pasukan bomba berkawad.(dan) A)Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad. B)Pasukan polis dan bomba berkawad. Jawapan yang mana satu betul?Ayat yang betul ialah "Pasukan polis dan bomba berkawad."Ejaan04.07.2013
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos?Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menya­lurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima.Tatabahasa14.04.2010
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul.

 

Tatabahasa17.03.2009
Antara berikut ayat manakah bnetul? 1. Ahli bomba sedang memadam api. 2. Ahli bomba sedang memadamkan api. Apakah perbezaan "memadam" dan "memadamkan". Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Ahli bomba sedang memadamkan api. Kata kerja padam menerima apitan men-...-kan untuk membentuk kata kerja transitif, memadamkan. Kata kerja transitif digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut. Dalam ayat ini, kata kerja transitif memadamkan menerima satu objek iaitu api.Tatabahasa22.03.2018
Konsep ayat aktif kepada ayat pasif. Soalan : Pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran di rumah itu. Jawapan yang manakah paling tepat? Jawapan 1 : Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Jawapan 2 : Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba di rumah itu. Jawapan yang lebih tepat ialah "Kebakaran di rumah itu telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba"Tatabahasa23.02.2023
Salam sejahtera, bolehkah jika saya menggunakan istilah 'pasukan bomba'? Atau kini sudah ditambah menjadi 'pasukan bomba dan penyelamat' (memandangkan nama organisasi itu yang turut berubah? Itu sahaja. Terima kasih.Penggunaan nama khas mestilah tepat dan terkini apabila merujuk kepada institusi/organisasi yang tersebut. Dalam konteks ini nama Pasukan Bomba dan Penyelamat adalah yang lebih tepat digunakan.Lain-lain18.12.2013
1. "Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad.","Pasukan polis dan bomba berkawad". Ayat manakah yang betul? 2. "Azman hendak ke kedai tetapi Azman tiada teman.","Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman." Ayat manakah yang betul? 3. "Jangan kamu kesali akan kejadian itu.","Jangan kamu menyesal akan kejadian itu." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat(kesali/menyesal). Terima kasih. 4. "Kata-kata nasihat itu akan saya renungi.","kata-kata nasihat itu akan saya renungkan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (renungi/renungkan). 5. "Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit.", "Jangan kamu cuba mengaburkan mata saya dengan wang ringgit." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengaburi/mengaburkan). 6. "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan hubungan.", "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempererat hubungan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengeratkan/mempererat). Terima kasih.1. Pasukan polis dan bomba berkawad.
2. Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman.
3. Jangan kamu kesali akan kejadian itu. Ayat pasif bagi orang kedua menggunakan akhiran -i. 
4. Kata-kata nasihat itu akan saya renungi. Ayat pasif bagi orang pertama menggunakan akhiran -i. 
5. Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit. Mengaburi bermaksud menjadi kabur dan mengaburkan bermaksud menyebabkan menjadi kabur.  
6. Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan/mempereratkan hubungan.  Mengeratkan dan mempereratkan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk melihat contoh penggunaan kata tersebut dalam ayat dan rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk membina ayat dengan imbuhan yang betul.
Tatabahasa05.11.2014
1234

Kembali ke atas