Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bom.ba] | بومبا

Definisi : 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bom.ba] | بومبا

Definisi : 1 alat yg digunakan utk mengepam benda cair spt air, minyak; pam: Air dr telaga itu dinaikkan dgn menggunakan ~. 2 pasukan yg tugasnya memadamkan api apabila berlaku kebakaran: ahli ~ orang yg bertugas dlm pasukan bomba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bomba


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOMBA

Bomba merupakan salah satu organisasi penting

dalam masyarakat. Bomba, atau Jabatan Bomba

bertugas memadamkan api yang membakar

rumah, kilang, pejabat, bangunan, stor, dan

tempat lain. Ahli bomba menyabung nyawa untuk

menyelamatkan orang dan melindungi harta benda

daripada api. Pekerjaan mereka adalah salah satu

pekerjaan yang paling berbahaya.

UMUM 
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
SERAT

Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian,

ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang

benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya.

Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang

daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh

dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah

unit nampak yang paling kecil daripada sebarang

keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat

dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti

permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga

menggunakan serat dalam banyak keluaran

industri, termasuk payung terjun (paracut), hos

bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa.

Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat

arteri dan tendon artifisial.

UMUM 
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 

Kembali ke atas