Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bon] | بون

Definisi : 1. sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah; 2. Id surat kecil (pengakuan mengambil barang yg akan dibayar kemudian): ~ jati; ~ jati bon yg paling terjamin; ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak berisiko; ~ pelaksanaan (Eko) dokumen yg merupakan jaminan, biasanya berbentuk insurans atau jaminan bank, yg dikeluarkan bagi pihak kontraktor kpd pemberi kontrak utk memastikan kelancaran pelaksanaan projek sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat kontrak; ~ perbendaharaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan dgn tempoh matangnya yg lama, biasanya antara 10 tahun hingga 30 tahun; ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bon] | بون

Definisi : sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah. ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak mempunyai risiko, kpd pemiliknya. ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko, kpd pemiliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prior lien bondbon lien duluPentadbiran PerniagaanTiadaSaham yang mempunyai tuntutan lebih dahulu daripada bon-bon yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat.
risk structurestruktur risikoPentadbiran PerniagaanTiadaKadar hasil hingga matang bon-bon yang mempunyai darjah risiko mungkir yang berbeza tetapi serupa dari segi aspek lain.
call datestarikh panggilanEkonomiEkonomi IslamTarikh yang menyatakan masa untuk bon ditebus semula oleh penerbit bon daripada pemegang bon sebelum tarikh matang. Tarikh biasanya dinyatakan dan dimaklumkan kepada pemegang bon pada masa penerbitan bon. Contohnya, bon yang matang dalam tempoh 5 tahun akan dinyatakan bahawa bon tersebut boleh panggil semula selepas tempoh 3 tahun.
putable bondbon boleh letakEkonomiEkonomi IslamBon yang boleh dijual semula oleh pemegangnya sebelum tarikh matang kepada penerbit bon atau kepada pihak ketiga. Harga jualan semula bon oleh pemegang bon biasanya pada nilai tara atau menghampiri nilai tara. Pemegang bon mengambil langkah ini untuk mengelakkan kerugian kejatuhan harga bon atau mendapatkan semula wangnya. Sebahagian bon Islam mempunyai ciri bon boleh letak.
non-callable bondbon tak boleh panggilEkonomiEkonomi IslamBon yang tidak boleh ditebus semula oleh penerbitnya daripada pemegang bon sebelum tarikh matang. Bon jenis ini hanya boleh ditebus semula setelah tarikh matang pada harga muka. Sinonim bon sekali gus, bon tak boleh tebus.
callable bondbon boleh panggilEkonomiEkonomi IslamBon yang boleh ditebus semula oleh penerbitnya sebelum tarikh matang, iaitu pada satu tarikh panggilan tertentu dan pada harga panggilan tertentu. Pada tarikh panggilan, penerbit bon mempunyai hak untuk membeli semula bon daripada pemegang bon. Premium panggilan biasanya akan dibayar kepada pemegang bon apabila dipanggil semula. Bon ini dikenali juga sebagai bon boleh tebus. Dalam pasaran kewangan Islam, bon jenis ini dikenali sebagai sukuk boleh panggil. Sinonim bon boleh tebus.
speculative grade bondbon gred spekulatifPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang bukan bon bergred pelaburan, biasanya bon spekulatif yang mempunyai penarafan yang rendah.
Islamic non-callable bondbon Islam tak boleh panggilEkonomiEkonomi IslamBon yang tidak boleh diminta untuk ditebus semula oleh pengeluar sebelum tarikh matang. Hal ini bermakna, pengeluar tidak mempunyai hak untuk membeli semula bon keluarannya daripada pemegang bon sebelum tarikh matang. Bon sebegini dapat mengelakkan pembeli daripada mengalami kerugian akibat bon yang dipegangnya dipanggil semula oleh pengeluar apabila harga rendah. Contohnya, bon kupon sifar.
adjustment bondbon pelarasanPentadbiran PerniagaanTiadaTerbitan bon yang diterbitkan selepas diberi mandat oleh pemegang bon syarikat yang menghadapi kebankrapan untuk menggantikan bon yang sedia ada. Bon ini hanya membayar faedah apabila syarikat beroleh keuntungan.
Islamic benchmark bondbon tanda aras IslamEkonomiEkonomi IslamBon yang digunakan sebagai ukur rujuk bagi bon korporat Islam yang ingin diterbitkan. Bon ini mempunyai ciri-ciri khusus seperti boleh diurusniagakan secara aktif di pasaran peringkat kedua, kadar pulangannya ditentukan oleh pasaran dan dikeluarkan secara kerap dan berkala. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini. Bon ini dikeluarkan mengikut prinsip murabahah. Tujuan bon ini diperkenalkan untuk menjadi pemangkin pasaran bon ringgit.
12345678910...

Kembali ke atas