Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw sj alat gamelan, sj gong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonang I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BONANG

BONANG,  sejenis alat muzik bergema (<I>idiophone)I> yang digunakan dalam persembahan gamelan.  Alat ini juga dikenal sebagai keromong, iaitu gong-gong kecil yang diletak secara mendatar (<I>horizontalI>) di atas tali yang diregangkan merentasi bingkai atau kotak kayu segi empat panjang.  Kotak ini berukuran lebih kurang 152 cm.  Untuk menentukan yang tali regangan tidak kendur, kepingan kayu penyokong diletakkan di antara tiap-tiap biji bonang.

BUDAYAAlat/Alatan
SUNAN BONANGSUNAN BONANG ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Makhdum Ibrahim.  Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CAKLEMPONG

CAKLEMPONG, kumpulan muzik tradisional dari Minangkabau, Indonesia.  Caklempong atau dikenal juga sebagai telempong dan caklempong dirujukkan kepada sejenis alat muzik yang bergema (idiofon).  Persembahan caklempong diiring oleh alat muzik lain seperti bonang, rebana, gong, seruling, bangsi dan bio;a.  Fungsi utama persembahan caklempong adalah untuk menghibur dan menyalurkan nilai murni.

BUDAYAAlat/Alatan
SUNAN DERAJATSUNAN DERAJAT ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Dia lahir di Ampel. Nama sebenarnya ialah Raden Syariffudin.  Ada sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Raden Qasim.  Sunan Derajat adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berjasa dalam mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Bapanya bernama Sunan Ampel, manakalanya ibunya bernama Dewi Candrawati.  Sunan Derajat juga adik Raden Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SUNAN KALIJAGASUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia.  Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban.  Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi.  Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama.  Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya.  Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas