Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bon.da] | بوندا

Definisi : bh ibunda (biasanya digunakan dlm suratmenyurat), emak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bon.da] | بوندا

Definisi : bh emak; ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonda

Puisi
 

Raja Bali terajang kuda,
     Kuda kuning celana kain;
Sembilan bulan dikandung bonda,
     Niatku tidak pada yang lain.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah kata ganti nama bonda di gunakan oleh rakyat biasa (non-royal) untuk menggantikan panggilan ibu/emak?Bonda ialah bahasa halus untuk 'ibunda' yang digunakan oleh kerabat raja.  Walau bagaimanapun,  panggilan bonda yang juga membawa maksud ibu atau emak boleh digunakan oleh rakyat biasa kerana penggunaannya bukan dalam konteks rasmi.Lain-lain05.01.2011
Adakah SENTUHAN QASEH BONDA bertepatan dengan syarat kelulusan DPB.?Sekiranya nama SENTUHAN QASEH BONDA hendak digunakan sebagai nama perniagaan dan untuk mendapatkan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan daripada DBP, tuan hendaklah menggunakan nama yang telah didaftarkan dengan SSM atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan baik dan betul, iaitu SENTUHAN KASIH BONDA.



Lain-lain14.06.2022
ASSALAMULAIKUM, SAYA INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN NAMA SYARIKAT " SENTUHAN QASEH BONDA ", SAYA TIDAK BERAPA FAHAM BAGAIMANA CARANYA. TOLONG BANTU SAYA. TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, pendaftaran nama syarikat SENTUHAN QASEH BONDA hendaklah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sekiranya nama SENTUHAN QASEH BONDA hendak digunakan sebagai nama perniagaan dan untuk mendapatkan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan daripada DBP, tuan hendaklah menggunakan nama yang telah didaftarkan dengan SSM atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan baik dan betul, iaitu SENTUHAN KASIH BONDA.


Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Lain-lain14.06.2022
Saya mendapat tahu editor majalah Tunas Cipta , Puan Noraini (Bonda Ani) akan ke luar negara pada bulan September. Adakah ini bermakna Bonda Ani akan bersara terus sebagai editor ?Untuk keterangan lanjut, saudari boleh mengemukakan pertanyaan tersebut kepada Puan Noraini binti Husin, melalui no. telefon 03-21434831 atau melalui e-mel: norainihussin@dbp.gov.my.Lain-lain05.06.2009
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih.Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul.Tatabahasa15.05.2012
apakah tema bagi sajak ke makam bonda?Kasih sayang seorang ibu.Lain-lain19.02.2009
Queen Mother Republic Swazziland (Head)Bonda Ratu (Karyanet)Lain-lain30.04.2007
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?)Kata ganti yang sesuai digunakan:

1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda.
2. Permaisuri kepada putera = bonda
3. Putera kepada permaisuri = anakanda
Istilah19.11.2016
Tuan/Puan, saya ingin bertanyakan penggunaan kata yang sesuai jika menulis surat kiriman tidak rasmi kepada ahli keluarga (seperti kakanda dan adinda). Jika begitu, adakah ini bermaksud sebarang penggunaan kata untuk ahli keluarga lain (jika disebut dalam surat) perlu menggunakan kata panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya? Terima kasih.Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat.Tatabahasa24.10.2013
12

Kembali ke atas