Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bon.dong] | بوندوڠ

Definisi : Mn kumpulan, tompok; ~ air, ~ ikan prb turut-turutan (pekerjaan orang kaya hendak ditiru oleh orang miskin);berbondong-bondong berduyun-duyun: penumpang-penumpang ~ naik ke geladak;berbondongan berduyun-duyun: burung bangau terbang ~ mengarah ke selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bon.dong] | بوندوڠ

Definisi : beberapa orang atau binatang yg dianggap sbg suatu kelompok; kumpulan. ~ ikan ki orang banyak pd umumnya hanya menurut saja anjuran orang terkemuka. berbondong-bondong bergerak beramai-ramai; beruntun-runtun; berduyun-duyun: Para penumpang ~ naik ke gerabak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bondong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan makna untuk membezakan maksud perkataan berbondong-bondong dan berduyun-duyun.Berbondong-bondong dan berduyun-duyun mempunyai makna yang sama iaitu (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus.Makna04.09.2006
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas.Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut.Tatabahasa08.08.2012
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegasSuasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa08.07.2015
1. (terjebak dalam/ terjebak dengan) Manakah satu yang betul? 2. Adakah "merubah" sama dengan "mengubah" dan bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang sama? 3. Apakah perbezaan antara "tatkala" dengan "apabila"? 4. (berpusu-pusu/ berduyun-duyun/ berbondong-bondong) Apakah perbezaannya? Bolehkah anda berikan contoh ayat untuk setiap perkataan? Selain itu, kalau boleh, berikan sebab-sebab anda memilih jawapan anda. Terima kasih saya ucapkan.

1. Kedua-duanya boleh digunakan pada maksud yang sesuai.

2. Ya, boleh. Kerana antara makna merubah ialah 'mengubah'.

3. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), wakdontu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala

4. kesemuanya membawa maksud yang sama.

Lain-lain07.08.2009
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009
1 apakah ejaan yang betul untuk pokok rhu yang terdapat di tepi pantai? 2 apakah yang dimaksudkan dengan buhul, jujutan dan berjujutan? 3 apakah maksud membondong, menguku, mengemam,dan ditancapkan? 4 saya sudah merujuk kepada kamus tetapi inginkan lebih penjelasan daripada pihak DBP yang lebih arif tentang bahasa. 5 Harap dengan kadar segera maklum balas saya terima kerana ia penting bagi melancarkan kerja - kerja saya. 6 sekian, terima kasih.....Ejaan yang betul ialah pokok ru. Buhul ialah ikatan (tali dll), simpul. Asal daripada kata minang. Jujutan pula ialah tarik-menarik/ renggut-merenggut. Berjujutan sama dengan berjujut-jujutan yang bermakna tarik-menarik/ renggut-merenggut. Bondong ialah kumpulan dalam kata minang. Perkataan menguku tiada dalam rujukan kami. Mengemam bermaksud membiarkan sahaja menahandi dalam mulut (tidak menelannya). Tancap pula ialah bahasa percakapan yang bermaksud menekan pedal minyak untuk melajukan kereta.Makna29.08.2008

Kembali ke atas