Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.gol] | بوڠڬول

Definisi : 1. bonjol pd batang pokok, bongkol, bonjol; 2. benjol besar pd belakang binatang spt unta dsb utk menyimpan lemak dan air, bondok, ponok: unta menyimpan makanannya dlm ~ yg ada di belakangnya; ~ kecil bonggol yg kecil (pd pokok dll), bintil; ~ kem roda panjang yg menyebabkan gerakan keluar masuk (turun naik dll); berbonggol, berbonggol-bonggol berbenjol-benjol: rupanya spt tiang yg berbonggol-bonggol yg tinggi hanya beberapa kaki saja;membonggol membonjol: seorang lelaki berperut besar dgn urat lehernya ~ duduk di sisi Usamah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.gol] | بوڠڬول

Definisi : 1 bahagian pokok yg berbuku-buku; buku pd batang pokok. 2 daging yg berbuku-buku spt yg terdapat pd belakang unta; ponok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonggol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONGGOK

Monggok ialah bonggol tanah atau batu yang

menutupi tanah perkuburan purba. Ia dibina di

Britain dari kira-kira pada tahun 2500 S.M. hingga

awal zaman Saxon, iaitu kira-kira pada tahun 500

M. Tinggalan bonggol masih wujud di banyak

bahagian Kepulauan British. Satu daripada yang

terbesar ialah di Kennet Barat, di Wiltshire. Ia

sepanjangnya 107 meter dan lebarnya 23 meter.

UMUM 
KARBUNKEL

Karbunkel ialah jangkitan kulit dan tisu di bawah

kulit yang sangat sakit. Karbunkel ialah bonggol

merah gelap yang hangat dan terasa amat sakit

yang kelihatan seperti kelompok beberapa bisul.

UMUM 
POKOK BANKSIA

Pokok banksia ialah nama bagi kira-kira 70

jenis tumbuhan yang tumbuh di Australia dan New

Guinea. Banksia terdiri daripada pokok kecil yang

batangnya berbonggol-bonggol hinggalah kepada

pokok renek yang rimbun. Tumbuhan ini

dinamakan sempena nama ahli alamiah Inggeris,

Sir Joseph Banks.

UMUM 
BURKINA FASO

Burkina Faso ialah negara di barat Afrika. Ia

terletak kira-kira 970 kilometer di timur Lautan

Atlantik di “bonggol” barat Afrika. Dahulunya

dikenali sebagai Upper Volta. Pada tahun 1984,

kerajaan telah menukar namanya kepada Burkina

Faso. Burkina ialah nama am bagi penduduk

negara itu yang bermaksud orang jujur. Burkina

Faso bermaksud negara orang jujur.

UMUM 

Kembali ke atas