Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kertas bercetak yg padanya ada ruang utk dimasukkan maklumat yg dikehendaki atau diminta: ~ cukai pendapatan; mengisi ~ utk memohon pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata borang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya dalam proses menyiapkan format baru borang-borang yang diguna oleh para pelanggan di Pantai Fomema. Oleh kerana borang-borang tersebut akan dicetak dalam dwibahasa, saya memerlukan sedikit pertolongan dalam menterjemahkan perkataan 'reprint' kepada bahasa melayu. Adakah 'reprint' bermaksud 'mengulang cetak' atau 'mencetak semula'?Istilah bahasa Melayu untuk reprint ialah cetak semula atau cetak ulang. Oleh itu, kedua-dua terjemahan yang diberikan, iaitu mengulang cetak dan mencetak semula boleh digunakan.Istilah07.01.2011
untuk digunakan dalam jadual fail meja sebagai rujukan isi kandungan dokumen ; yang mana satu adalah betul dari segi penggunaan huruf besar dan kecil : Senarai Borang-borang Yang Digunakan, atau Senarai Borang-borang yang digunakanAyat dan ejaan yang betul ialah "Senarai Borang yang Digunakan".Ejaan20.09.2014
Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang?
Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya;
Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi.

Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut:
(1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang.
(2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi.

Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589.
Tatabahasa04.10.2013
Adakah penggunaan huruf besar sepenuhnya BETUL dan BOLEH dalam penulisan borang. contoh borang olnine - http://gg.gg/YURAN_BHGN_A_SRAIBBB_2021 (SEPENUHNYA HURUF BESAR)Capaian yang diberi tidak dapat dibuka. Untuk makluman tuan, penggunaan huruf besar atau kecil dalam borang atau apa-apa dokumen bergantung pada syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Sila teliti syarat yang diberikan, sekiranya tiada tuan boleh memilih huruf kecil atau besar. Walau bagaimanapun, kebiasaannya nama khas ditulis dengan huruf besar atau pangkal kata ditulis dengan huruf besar.Lain-lain12.03.2021
Yang berikut mana satu adalah betul? Sebab? 1. Senarai borang-borang yang digunakan... 2. Senarai borang yang digunakan...Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, senarai bermaksud beberapa nama (orang, benda dan lain-lain) yang ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dan lain-lain) yang disyaki melakukan sesuatu yang salah atau yang membahayakan. ~ semak senarai yang di dalamnya terkandung barang-barang yang diperlukan, perkara yang perlu dilakukan, hal yang perlu diberi pertimbangan dsb, yang digunakan untuk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb.


Daripada takrifan tersebut, frasa yang betul ialah senarai borang yang digunakan...
Tatabahasa19.11.2014
Saya ingin membuat pertanyaan bagi pihak pejabat saya mengenai penggunaan ejaan yang tepat bagi Borang Maklumbalas atau Borang Maklum Balas atau Borang Maklum balas?Saya keliru disebabkan borang merujuk kepada Kata Nama. Terima kasih.Borang Maklum BalasTatabahasa31.10.2012
Mengapakah "borang keanggotaan" betul, bukan "borang anggota"?Jika mahu menggunakan frasa Borang Anggota perlu dilengkapkan seperti Borang Anggota Pertubuhan ABC.Tatabahasa23.04.2015
Assalamuaalaikum... boleh beri saya link untuk download borang sahabat dbp dan borang mantan mpr dbp tak? saya cuba download dari laman web dbp tapi tak boleh...Alaikumussalam.

Untuk makluman puan, dalam laman web DBP hanya ada borang Rakan Dewan, Persatuan Mantan DBP. dan Karyawan Tamu. Satu lagi borang, iaitu Sahabat Purnama sudah tidak relevan lagi. Pihak DBP akan menarik keluar borang tersebut daripada paparan laman web DBP.

DBP memang sedang berusaha untuk mewujudkan Sahabat DBP tetapi program ini belum mantap lagi.  Sahabat DBP merupakan satu program Rakan Dewan yang akan dinaik taraf daripada bersifat tempatan ke peringkat antarabangsa. Setakat ini puan boleh mengakses borang Rakan Dewan melalui laman web DBP.

Berkaitan borang mantan MPR DBP, pihak DBP tidak ada menawarkan apa-apa borang berkaitannya.  Jika ada pun ialah borang alumnai MPR tetapi tidak diuruskan oleh DBP.  Puan boleh menghubungi Puan Salina Ibrahim melalui talian 019-2003919 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Badan Penulis07.02.2015
definisi borang kaji selidik dan definisi comment cardBorang kaji selidik ialah borang untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau diminta tentang sesuatu perkara. Kad cadangan ialah kad atau borang yang disediakan untuk diisi oleh kumpulan tertentu jika ada sesuatu yang perlu dibaiki misalnya berkaitan sistem  perkhidmatan dan sebagainya. Makna12.08.2008
SAYA NAK BORANG JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI N17).SELAMA NI SAYA ISI TAK PERNAH DIPANGGIL TEMUDUGA.DAPAT KERJA TU PUN BUKAN SENANG. KALI NI DAH MASUK 3 KALI ISI BORANG.

Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan memuat turun borang tersebut melalui laman DBP.

Pastikan sdr mengisi dan melengkapkan borang tersebut sebelum dihantar kepada kami.

Sebagai makluman sdr, pemilihan calon temu duga dibuat setelah semua borang permohonan disemak dari aspek pengisian maklumat yang lengkap, memenuhi syarat kelayakan yang dikehendaki, melampirkan dokumen yang berkenaan, gambar disertakan dan sebagainya. Kami juga menggunakan sistem nisbah dalam menentukan jumlah calon temu duga.

Sila pastikan sdr menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup.

Semoga berjaya. 

 

Lain-lain03.11.2008
12345678910...

Kembali ke atas