Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ria] | بوريا

Definisi : sj kesenian tradisional di kalangan orang Melayu Pulau Pinang yg berupa lakonan (lawak jenaka) dan diikuti dgn nyanyian yg diiringi tarian berkumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ria] | بوريا

Definisi : permainan pentas yg disertai nyanyian yg popular di kalangan orang-orang Melayu Pulau Pinang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boria


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Boria ialah sejenis teater tradisi yang popular. 2. Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular. Penggunaan kata pemeri mana yang lebih sesuai? Ialah atau adalah.Penggunaan kata pemeri yang betul dalam contoh ayat yang diberikan "ialah". Untuk makluman, kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.Tatabahasa15.05.2019
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia?Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan).Lain-lain06.04.2010

Kembali ke atas