Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ron] | بورون

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam yg terdapat semula jadi (terutamanya dlm boraks). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ron] | بورون

Definisi : sj unsur berwarna kuning dlm bentuk hablur atau berwarna perang dlm bentuk serbuk dan digunakan dlm perusahaan keluli, kaca atau enamel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boron chamberkebuk boronFizikAtom dan NuklearKebuk pengionan yang mengandungi garisan boron, sebatian boron atau yang diisi dengan gas sebatian boron.
boron detectorpengesan boronFizikAtom dan NuklearPengesan berkadaran yang menggunakan gas boron triflrid (B3) atau mempunyai elektrod yang disalut dengan boron, untuk mengesan sinaran mengion seperti neutron lambat atau sinar-X. Apabila neutron tuju bertindak dengan boron-10 dalam gas, dua zarah bercas dengan tenaga gabungan 2.3 Mev dihasilkan. Cas ini akan meninggalkan kesan pasangan ion dalam gas dan seterusnya menghasilkan denyut. Ketinggian denyut berkadar kepada bilangan ion yang dihasilkan oleh zarah atau kehilangan tenaganya.
boronboronKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IIIA (atau 13) jadual berkala, simbol B, nombor atom 5, berat atom 10.81, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 2300oC, takat didih 2550oC, berbentuk pepejal hitam yang keras, serbuk amorfus yang berwarna coklat, atau berbentuk hablur, sangat reaktif, mudah terbakar, larut di dalam asid nitrik dan asid sulfurik pekat tetapi tidak larut di dalam air, eter, dan alkohol, dan terdapat dua isotop, iaitu B-11 dan B-10. Sumber semula jadi boron ialah bijih boraks, kernit, dan kolemanit. Boron disediakan dengan memanaskan boron trioksida bersama serbuk aluminium, atau magnesium. Pepejal ini digunakan untuk membuat seramik, aloi dan semikonduktor.
boronboronPerubatanTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IIIA jadual berkala, nombor atom 5, berat atom 10.81, yang terdapat semula jadi atau melalui pemanasan boron trioksida bersama serbuk aluminium atau magnesium.
boronboronKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IIIA jadual berkala, nombor atom 5, berat atom 10.81, yang terdapat semula jadi atau melalui pemanasan boron trioksida bersama serbuk aluminium atau magnesium.
boronboronKejuruteraanTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan IIIA jadual berkala, nombor atom 5, berat atom 10.81, yang terdapat semula jadi atau melalui pemanasan boron trioksida bersama serbuk aluminium atau magnesium.
boron counter tubetiub pembilang boronFizikAtom dan NuklearTiub pembilang yang diisi dengan boron florida atau tiub yang mempunyai plat elektrod yang disaluti boron atau sebatian boron dan digunakan untuk mengesan neutron lambat.
boron oxideboron oksidaKimiaTiadaHablur rombus, dan merupakan trioksida daripada boron, B2O3, dan digunakan sebagai perantara dalam penghasilan boron halida dan logam borida.
boronboronFizikTiadaTiada
boronboronKomunikasi MassaTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas