Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bot] | بوت

Definisi : sj kenderaan kecil yg bergerak di atas air, yg biasanya membawa sejumlah kecil penumpang; ~ bomba bot yg digunakan oleh perkhidmatan bomba utk memadamkan kebakaran di laut (kapal dsb); ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn laju sekali; ~ nelayan bot yg digunakan oleh nelayan utk menangkap ikan, udang dsb; ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut dsb; ~ ronda bot yg digunakan utk meronda (biasanya oleh pasukan polis atau kastam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bot] | بوت

Definisi : sj perahu yg diberi berenjin. ~ laju bot berkuasa tinggi yg berupaya bergerak dgn sangat laju. ~ penyelamat bot yg digunakan utk operasi menyelamatkan orang di laut, sungai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ingin mengetahui maksud Penggalang.Adakah maksudnya ia menghalang atau menyekat? Nama Penggalang ini akan diletakan pada bot - bot laju APMM.

 

Tuan,

Maksud penggalang menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang digunakan untuk menggalang atau perintang.

 Terima kasih

Makna01.07.2011
Kemasukan kata *pancung - kenapa tiada takrif berkaitan dengan kenderaan air yang bernama *bot pancung?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 320-321), kata/frasa bot pancung diletakkan di bawah entri/kata bot. Bot pancung diberikan takrif seperti yang berikut:

bot pancung
bot yang dibuat daripada kayu dan digunakan untuk membawa penumpang atau barang secara tidak sah.

Contoh penggunaan: Kastam menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah bot pancung yang dipercayai sarat dengan muatan rokok keretek.

Di bawah entri/kata pancung, masih tiada makna dikaitkan dengan keadaan ini. Cadangan bagi memasukkan makna ini akan dipertimbangkan.

Harap maklum.


Makna05.11.2022
Ada dua tiga perkara, yang pertama tidak mudah masuk air, yang kedua sukar diganggu oleh teritip, yang ketiga, tahan lama.Oleh kerana ia menggunakan bahan daripada kulit kayu gelam, bot akan bertahan sangat lama. Saya tidak tahu berapa puluh tahun ianya mampu bertahan, tetapi ia sangat lama. Bot-bot yang dibuat semasa saya kecil sehingga sekarang masih boleh digunakan lagi. Begitulah istimewanya pengunaan kulit kayu gelam. Tetapi pokok gelam yang digunakan bukanya yang ada pada waktu sekarang, tetapi adalah kayu gelam asal yang lama, benihnya berasal dari sini. Kayu gelam ini kulitnya berbeza serta tahan lama. Kita mengharapkan generasi muda berminat untuk menyambung warisan dan tradisi nenek moyang kita sejak dahulu. Melatih anak-anak muda kita supaya minat dalam usaha membuat bot secara tradisional ini. Diharap ada pihak yang berani meneroka bidang ini dan menarik minat anak-anak muda kita dalam bidang ini.Kami menghargai perkongsian maklumat tersebut dan terima kasih kerana memggunakan laman web kndbp.gov.my.  Lain-lain24.11.2021
17 buah bot atau 17 biji bot? terima kasih.17 buah bot.Lain-lain01.10.2007
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai jaket keselamatan semasa/ketika menaiki bot. (yang mana satu betul? Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan iaitu "Kita harus memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot" atau "Kita harus memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot".Tatabahasa12.05.2023
1.mereka ke kampung seberang dengan menaiki bot. 2.Pelajar perlu banyak membaca untuk menambahkan pengetahuan. soalan;adakah ayat tersebut terdiri daripada dua klausa?Ayat tersebut mengandungi dua klausa.Tatabahasa10.08.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah padanan untuk boat trip ialah kembara bot?Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan19.09.2021
Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih

Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala  Mid Autumn Festival  di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan.

Lain-lain07.01.2021
Semakan untuk iklan papan tanda perniagaan Nama Perniagaan : MOSKI ENTERPRISE Bidang perniagaan : Menyediakan Perkhidmatan Sewaan Kenderaan, Van, Bas & Bot Persiaran

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Lain-lain13.08.2019
"makna flyboard (sejenis sukan ) dan powerbot (sejenis sukan ) nak terjemahkan dalam BM apa ya istilah yg sesuai "Kami cadangkan flyboard diterjemahkan kepada papan luncur dan powerboat diterjemahkan kepada bot kuasa.Istilah31.03.2014
12

Kembali ke atas