Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ta/] | بوتق

Definisi : 1. tidak berambut (di kepala manusia); 2. tidak berbulu (di kepala binatang);membotak menjadi botak: kepalanya mulai ~;membotakkan menjadikan botak: dia ~ kepalanya; penyakit itu telah ~ kepalanya;kebotakan perihal botak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ta/] | بوتق

Definisi : ; burung ~ sj burung yg paruh dan kakinya panjang, Leptoptilos javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ta/] | بوتق

Definisi : tidak berbulu atau tidak berambut di bahagian kepala: kepala ~. membotak menjadi botak: Kepalanya mula ~. membotakkan menyebabkan menjadi botak; menjadikan botak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata botak

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG BOTAK

Burung botak ialah burung besar berkaki

panjang, bersayap kuat, dan berparuh panjang

tirus. Terdapat 17 spesies burung botak di

seluruh dunia, iaitu 14 di Hemisfera Timur dan

tiga di Hemisfera Barat. Burung botak memakan

serangga, ikan, katak, reptilia, anak burung dan

mamalia kecil. Kebanyakan spesies burung botak

mencari makanan di paya dan rawang, tetapi

sesetengah spesies mencari makanan di hutan atau

di dataran berumput dan di kawasan ladang.

UMUM 
SHOEBILL

Shoebill ialah burung besar yang dipercayai oleh

banyak ahli sains berkaitan dengan burung botak.

Ia kadangkala dinamakan burung botak kepala

paus . Shoebill tinggal di paya di Afrika dari hulu

Sungai Nil hingga ke Uganda dan Congo. Burung

ini tingginya 1.2 meter. Ia berwarna kelabu abu dan

mendapat namanya daripada paruhnya yang besar.

Apabila diganggu, ia membuka dan menutup

paruhnya dengan cepat, mengeluarkan bunyi kuat

yang berdetar-detar.

UMUM 
ADJUTAN

Adjutan ialah nama dua spesies burung besar

dalam famili burung botak. Adjutan terdapat di India

dan Asia Tenggara. Adjutan besar tingginya kira-kira

1.5 meter, dan adjutan kecil setinggi sehingga 1.2

meter. Kedua-dua spesies burung ini mempunyai

badan berwarna putih, dan bahagian belakang dan

sayapnya berwarna kelabu tua.

UMUM 
MARABOU

Marabou ialah salah satu daripada burung yang

terbesar dalam keluarga burung botak.

UMUM 
AQRA' IBN HABIS, AL-

Aqra‘ ibn Habis, al- ( ? –31 H. / ? –651 M.), salah

seorang daripada sahabat nabi yang baru memeluk

Islam. Nama penuhnya ialah al-Aqra‘ ibn Habis al-

Tamimi. Dikatakan bahawa nama sebenarnya ialah

Firas, tetapi dia digelar al-Aqra‘ (botak) kerana

kepalanya yang botak. Dia berasal dari kalangan

pemimpin Arab di zaman jahiliyyah, pernah

menyertai pembukaan Kota Makkah dan Perang

Hunayn, serta pernah menyertai peristiwa

pengepungan Taif.

UMUM 
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 

Kembali ke atas