Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ya] | بويا

Definisi : benda terapung berwarna terang yg diikatkan pd rantai atau tali panjang ke dasar laut, digunakan utk menunjukkan jalan kpd kapal atau bot, atau utk menandakan bahaya: dicubalah mengikat kapal itu pd ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ya] | بويا

Definisi : pelampung yg digunakan sbg tanda utk kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOYA

Boya ialah objek terapung yang dilabuhkan ke

dalam air untuk menjadi panduan kepada kapal.

Boya membantu kapten kapal untuk mengemudi

kapal dengan selamat di pelabuhan, sungai, dan

perairan yang lain.

UMUM 
SUAR

Suar ialah lampu, atau struktur yang mudah

dilihat, yang biasanya terletak pada kedudukan

yang tinggi. Suar terutamanya digunakan untuk

membantu juruterbang atau kapten kapal mencari

laluan yang selamat. Rumah api dan boya pelayaran

merupakan dua jenis suar yang utama bagi kapal.

UMUM 

Kembali ke atas