Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[brék] | بريک

Definisi : alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[brék] | بريک

Definisi : /brék/ alat yg digunakan utk menghentikan jentera, kereta dsb. ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan kuasa mekanikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip yg diberi tekanan. membrek menekan atau menarik brek utk menghentikan kereta dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disc brakebrek cakera/brek piringKejuruteraan AutomotifTiadaSistem brek yang terdiri daripada cakera, angkup, dan pelapik brek.
disc brakebrek cakera/brek piringFizikTiadaTiada
disc brakebrek cakera/brek piringKejuruteraanTiadaTiada
disc brakebrek cakera/brek piringPertanianTiadaTiada
quick release valveinjap lepas cepatKejuruteraanTiada1. Injap yang membolehkan kebuk brek bagi sistem brek angin dikosongkan segera untuk menyebabkan pelepasan segera brek. [KM],2. Unit kawalan yang memecutkan pelepasan tekanan udara daripada bahagian-bahagian tertentu sistem brek. [KM]
brake liningpelapik brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang biasanya diperbuat daripada campuran asbestos, yang dipasang pada kasut brek. Bahan ini akan terhakis apabila kasut brek ditekan melawan gelendong brek.
drum brakebrek gelendongKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem brek yang menggunakan kasut brek melengkung, yang ditekan pada permukaan dalam gelendong logam yang berputar.
brake boosterpenggalak brekKejuruteraan AutomotifTiadaAlat yang dipasang pada hujung pam induk brek untuk membantu kecekapan brek.
brake boosterpenggalak brekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang pada hujung pam induk brek untuk membantu kecekapan brek.
Westinghouse brakebrek WestinghouseKejuruteraanKejuruteraan MekanikBrek angin pada kereta api yang beroperasi dengan menggunakan udara termampat dari tangki udara. Sistem brek ini dikawal oleh injap dan disambungkan kepada silinder dan omboh yang menggerakkan brek yang terletak di bahagian bawah gerabak.
12345678910...

Kembali ke atas