Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bro.ker] | بروکير

Definisi : orang yg kerjanya membeli dan menjual saham, wang asing, atau barang-barang utk orang lain; ~ insurans orang yg mengendalikan urus niaga pembelian dan penjualan (polisi) insurans bagi pihak-pihak yg terlibat; ~ saham orang yg menguruskan pembelian dan penjualan saham bagi pihak lain; ~ tanah orang yg mempertemukan penjual dgn bakal pembeli atau sebaliknya dlm urusan jual beli tanah;pembrokeran aktiviti yg berkaitan dgn urus niaga broker. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bro.ker] | بروکير

Definisi : orang tengah dlm urusan perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata broker


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejak kebelakangan ini saya sering menemui perkataan 'memudahcarakan' dalam beberapa artikel, contohnya dalam tajuk berita di Bernama - 'Malaysia memudahcarakan dasar industri broker saham untuk pacu inovasi'. Malah perkataan tersebut juga diguna pakai oleh beberapa GLC dan badan kerajaan dalam penulisan mereka. Soalan saya, adakah perkataan 'memudahcarakan' ini diterima pakai kerana saya tidak menemuinya dalam daftar kata DBP. Atau,adakah perkataan ini pernah dicadangkan penggunaannya? Jika ya, apakah definisinya? Jika tidak, wajarkah perkataan ini diguna pakai?

Untuk makluman tuan, perkataan tersebut tiada dalam daftar kata DBP.  Terdapat perkataan pemudah cara dalam bahasa Melayu yang bermaksud orang (pihak) yang memudahkan sesuatu tindakan atau proses. Walau bagaimanapun, kata dasar mudah cara tiada dalam data yang mewajarkan pembentukan perkataan melalui imbuhan apitan. Oleh yang demikian, kami mencadangkan agar menggunakan perkataan yang lain seperti memudahkan cara, cara yang mudah jika bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa19.10.2020
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam?Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.

Tatabahasa29.12.2015

Kembali ke atas