Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Zuraidah Bt Samsuddin TUES 18:26 Tuan/puan pentadbir... Mohon penjelasan berkenaan perkataan bertabah. Adakah wujud imbuhan sedimikian? Sgt musykil semakin rmi org menggunakan perkataan bertabahlah berbanding tabahlah... T.ksh atas jawapanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bertabah ialah hati bersikap tabah atau berhati cekalMakna24.01.2017
Norhana Bt Bakhary SEP 8TH, 11:09PM Assalamualaikum, saya ingin tahu adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan Minggu Penulis Kanak-Kanak untuk murid-murid di Negeri Sembilan?Sila hubungi Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP melalui talian 03-21479203/9204/9205.Lain-lain08.09.2016
Syaidatul Amanina Bt Kamaruddin JUM 7.57 PTG Asalamulaikun saya syaidatul nak bertanya . Ada tak pertandingan mendeklamasi puisi untuk orng awamUntuk makluman Sdr. Syaidatul, pada masa ini belum ada maklumat tentang program Pertandingan Deklamasi Puisi untuk orang awam dianjurkan oleh DBP. Sekiranya ada pertandingan biasanya akan diiklankan kepada umum melalui Laman Web dbp.gov.my.Lain-lain18.08.2017
26191 HASNAH BT SULAIMAN..status TIDAK LULUS Apakah tindakan seterusnya perlu saya ambil untuk mendapatkan kelulusan pendaftaranVisual yang dilampirkan tidak dapat dibuka, Sila kemukakan visual dalam bentuk jpeg atau gif untuk pengesahan. Hantar semula visual melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain07.07.2015
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik

Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).

 Konkordans bermaksud  (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.

Tilde bermaksud  lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri.

Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri.

Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem.

Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna04.04.2009
assalamualaikum w.bt. saya ingin membuat pertanyaan mengenai definisi penuh maksud 'plagiarism' bagi tujuan assignment. Terima kasih.Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna18.02.2009
binti atau bt.Ejaan penuh binti (bt. mungkin kependekan batu atau lain-lain)Ejaan09.08.2008
Syaidatul Amanina Bt Kamaruddin JUM 7.57 PTG Syaidatul Amanina Bt Kamaruddin Asalamulaikun saya syaidatul nak bertanya . Ada tak pertandingan mendeklamasi puisi untuk orng awamWaalaikumsalam, Saudari boleh merujuk setiap pertandingan yang dianjurkan oleh DBP di laman web rasmi DBP iaitu http://lamanweb.dbp.gov.my/ . Terima kasih atas minat yang ditunjukkan. Sekian, terima kasih.Lain-lain18.08.2017
Syaidatul Amanina Bt Kamaruddin SEL 7.41 PTG Syaidatul Amanina Bt Kamaruddin Asalamulaikum bagaimana saya nak membeli buku lentera zamanSila hubungi Ujana Buku melalui talian 03-4101 0023/0028/0025 atau layari http://dbpniaga.my/ms/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain23.08.2017
salam 1 Malaysia.. Apakah perbezaan antara binti, bte dan bt pada nama seseorang?Ejaan yang betul ialah binti atau ejaan ringkasnya bt. (mesti ada tanda titik selepasnya).Ejaan29.07.2012
123

Kembali ke atas