Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdBrunei Darussalam Jurnal Pendidikan 30 (2005) 141 - 150 Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam di Brunei Darussalam HAJI MAIMUN AQSHA LUBIS ROSLAN HJ ASPAR ABSTRAK Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di daerah Brunei-Muara. Di antara tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang paling popular dan selalu digunakan oleh guru-guru agama dan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=26+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdfJpendidikan30[08].pmdukuran tahap literasi komputer pelajar. Data dalam kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 698 orang pelajar Tingkatan Empat, Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam Rendah dari duabelas buah sekolah menengah mewakili tujuh daerah di Negeri Kedah. Alat ukuran yang digunakan ialah Attitude Toward Computer Scale ( ATCS), Computer Self – Efficiency Scale (CSES) dan Minnesota Computer Literacy and Awareness Assessment 3 Tiada hubungan yang signifikan di antara sikap dengan kemahiran menggunakan komputer dalam ukuran tahap literasi komputer pelajar. METODOLOGI KAJIAN Penyelidikan ini melibatkan 698 pelajar sekolah menengah atas dari 12 buah sekolah menengah yang terpilih mewakili 7 daerah di negeri Kedah. Unit analisis terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Rendah aliran Sains, Sastera, dan Teknik dan http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_8.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=90+41d+

Kembali ke atas