Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buah kayu[bu.wAh kA.ju] segala jenis buah-buahan bermusim.Masa buah kayu tengah jujoh ni la hampa anak beranak patut balek.[mA.sA bu.wAh kA.ju t«.NAh dZu.dZoh ni lA hAm.pA A.nA/ b«.ÒA.nA/ pA.tot bA.le/]Masa segala jenis buah-buahan sedang banyak inilah kamu anak-beranak sepatutnya balik.
perisi[p«.Òi.si]kata kerja1. mengasingkan atau menanggalkan sesuatu seperti antah daripada beras, kulit daripada bawang, isi buah daripada bijinya dan buah daripada tangkainya.Dulu kalu nak menanak kena perisi beraih.[du.lu kA.lu nA m«.nA.nA/ k«.nA p«.Òi.si b«.ÒAC]Dulu kalau hendak memasak nasi perlu buang antah.
keset[k«.set]kata adjektif1. kecil berkenaan buahPasai kemarau panjang kot buah moktan ni keset.[pA.sAj k«.mA.ÒAw pAn.dZAN kot bu.wAh mo/.tAn ni k«.set]Sebab kemarau panjang agaknya buah rambutan ini kecil.
masak kecut[mA.sA/ k«.dZut] berkenaan dengan buah muda yang masak sebelum tempoh matangBuah masak kecut ni burong pon tak buloq.[bu.wAh mA.sA/ k«.dZut ni bu.ÒoN pon tA/ bu.lo)Ö]Buah masak kecut ini burung pun tidak mahu makan.
lasu[lA.su]kata adjektifberkenaan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kelihatan tidak segar.Buah moktan tu nampak lasu tapi buleh makan.[bu.wAh mo/.tAn tu nAm.pA/ lA.su tA.pi bu.leh mA.kAn]Buah rambutan itu kelihatan tidak segar tetapi masih boleh dimakan.
buah muyu[bu.wAh mu.ju] sejenis. buah sebesar ibu jari, berwarna hitam apabila masak isinya berwarna ungu dan rasanya masam-masam manis.   
buah seralat[bu.wAh s«.ÒA.lAt] sejenis. buah sebesar bola tenis, ketika masak berwarna merah jambu, kulitnya berbulu halus dan rasanya manis dan payau.   
cak plong[tSA ploN] sejenis permainan daripada buluh, pelurunya daripada buah cenerai atau kertas basah; buluh pong.Maen cak plong saket lagi kena peluru buah cenerai dari retaih basah.[mAen tSA ploN sA.ket lA.gi k«.nA p«.lu.Òu bu.wAh tS«.n«.ÒAj dA.Òi Ò«.tAC bA.sAh]Main cak plong sakit lagi kena peluru buah cenerai daripada kertas basah.
   4. mengambil.Jangan tutoh buah tu kat hang sorang, bedak-bedak kat orang laen sama.[dZA.NAn tu.toh bu.wAh tu kAt hAN so.ÒAN bE.dA.bE.dA kAt o.ÒAN lAen sA.mA]Jangan mengambil buah seorang diri, bahagi-bahagikan kepada orang lain juga.
relaih[Ò«.lAC]kata kerja1.         mengambil seluruhnyaBudak-budak ni relaih habeh buah kayu orang.[bu.dA.bu.dA ni Ò«.lAC hA.beh bu.wAh kA.ju o.ÒAN]Budak-budak ini mengambil semua buah-buahan orang.
123

Kembali ke atas