Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buah] | بواه

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik dan biasanya berbiji: Pohon rambutan ini lebat sungguh ~nya. 2 benda yg bulat-bulat dan hampir menyerupai buah 1: ~ baju butang baju. 3 penjodoh bilangan utk benda-benda yg tidak tentu bentuk atau jenisnya: Di kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa ~ rumah orang Melayu. ~ agregat ist buah yg terhasil drpd sekuntum bunga yg mempunyai beberapa karpel, yg setiap satunya membentuk ovari berasingan, mis buah strawberi, atau buah yg terbentuk drpd beberapa bunga, spt nanas. ~ catur benda yg diukir spt kuda, gajah dsb utk melambangkan sesuatu dan digunakan dlm permainan catur. ~ dada tetek wanita. ~ fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. ~ hati orang yg dikasihi. ~ keras nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya, Aleurites moluccana. ~ mulut apa-apa yg menjadi sebut-sebutan orang. ~ pena hasil karangan seseorang; karya. ~ pinggang organ dlm tubuh yg membentuk dan mengumuhkan air kencing; ginjal. ~ susu nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya; markisah, Passiflora edulis. ~ tangan a. hasil pekerjaan seseorang. b. barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah. berbuah ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. membuahi mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. membuahkan mendatangkan atau menghasilkan sesuatu. buah-buahan pelbagai jenis buah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(373)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=657&VertSectionID=25&CurLocation=655&IID= Pusat Dokumentasi Melayu - Perkhidmatan dan Buku Nadir Rujukan Dalam Talian Rujukan CD-ROM Rakan Dewan Kelab Buku Gerbang Informasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu PINJAMAN Kemudahan pinjaman diberikan kepada; KATEGORI JANGKA MASA Staf DBP 4 buah buku 1 judul Pinjaman untuk projek jabatan/bahagian 2 minggu 3 hari 3 bulan Pesara DBP 4 buah buku 2 minggu Ahli Rakan Dewan 2 buah buku 2 minggu Konsortium Sistem Pembekalan Penerbitan 4 judul 4 minggu Pemulangan Buku Pengguna hendaklah memulangkan buku yang dipinjam pada tarikh yang Highlighter.aspx?DocId=23&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=3&hits=23e+250+258+
http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107KANDUNGANmajmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan sama sekali. Contohnya: (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar. (b) Dia suka makan buah rambutan dan langsat. Walau bagaimanapun, tanda koma boleh diletakkan sebelum dan jika pemisah bahagian ayat itu perlu dibuat untuk mengelakkan kekeliruan makna. Contohnya: (c) Setakat ini, kita sudah membina beberapa prosedur dan tatacara untuk melaksanakan projek tersebut, dan prosedur yang kita gunakan ini sudah diterima pakai oleh beberapa buah institusi negara ini. (d) Antara buku yang laris jualannya termasuklah Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Pedoman Ejaan dan Sebutan Baku, dan Tatabahasa Dewan. 3. Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=22&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=299+2ca+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=874&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-puisi moden menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini berdasarkan puisi “O Sariku”, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan hati”, dan “Ibuku”. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat. Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali Highlighter.aspx?DocId=19&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=3b2+3d1+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=936&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P usaha yang murni ini menjadi panduan untuk para khalayak supaya tidak terlepas untuk mengikuti/membaca hasil karya tradisional hasil nukilan pujangga Melayu silam. Intipatinya sarat dengan ilmu pengetahuan dan menjadi buah fikir bagi generasi kini dalam memantapkan jati diri dan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Karya Melayu tradisional juga menjadi panduan dalam menelurkan masyarakat yang bertamadun dan berakhlak tinggi lagi budiman Highlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=283+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-menulis skrip drama kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”. WAHAB (Menyanyi) Kiri jalan, kanan pun jalan Nona manis endung disayang Lateralala lala lala…. Di Highlighter.aspx?DocId=20&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=bf6+

Kembali ke atas