Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buai] | بواي

Definisi : ayun; berbuai 1. terayun sama ada ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan, berayun: gugusan buah di pohon itu ~ ditiup angin; 2. menaiki buaian: anak kecil itu ~ bersama kawan-kawannya;berbuai-buai berbuai berulang-ulang, berayun(-ayun): badannya yg gemuk kelihatan ~ apabila dia berjalan; membuai 1. menggerakkan sesuatu hingga berbuai-buai: alun besar ~ kapal; 2. mengasyikkan, melekakan, melenakan: hanyut dibuai khayalan; matanya dihalakan ke hadapan dan perasaannya tiba-tiba dibuai kesedihan;membuaikan 1. mengayunkan buai: ~ anak sehingga terlena; 2. menyebabkan berbuai: angin yg bertiup lembut ~ janggutnya;terbuai-buai terus berbuai beberapa kali, terayun-ayun;buaian 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buai] | بواي

Definisi : 1 gerak yg berbalik-balik; ayun. 2 = buaian tempat tidur atau tempat duduk yg dpt diayun-ayunkan. berbuai(-buai) bergerak berbalik-balik; berayun-ayun: Saya suka duduk ~ pd dahan rambai di belakang rumah saya. membuai menggerakkan hingga berbuai-buai; mengayunkan. terbuai-buai terayun-ayun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buai


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
aw[Aw]kata namabuai yang diperbuat daripada tali dan papan atau daripada jaring yang terdapat di luar kawasan rumah, khususnya yang terdapat di pokok (Pulau Aur, Mersing).Cantek aw aji, boleh anak ni tumpang maen?[tSAn.te/ Aw A.dZi bo.leh A.nA/ ni tum.pAN mAen]Cantik buai kamu, boleh anak ini tumpang bermain?

Kembali ke atas