Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buaian] | بواين

Definisi : 1. tempat tidur anak kecil yg boleh diayun atau tempat kanak-kanak berayun, ayunan; 2. bandul loceng; ~ digoncang, anak dicubit prb menyelimuti perbuatan (maksud) yg jahat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buaian] | بواين

Definisi : tempat tidur atau tempat duduk yg dpt diayun-ayunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buaian

Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURIRAMSURIRAM, lagu buaian yang dinyanyikan oleh dayang dalam babak-babak pentas bangsawan untuk menidurkan anak raja.  Perkataan ‘Suriram’ adalah rekaan semata-mata sebagai nama timang-timangan yang ditujukan kepada puteri atau putera raja yang diasuh oleh dayang.BUDAYAKarya
TAMAN PERMAINAN

Taman permainan ialah kawasan luar rumah

yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman

permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di

sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat,

taman permainan juga menyediakan kemudahan

bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu

seperti di United Kingdom, kawasan permainan

yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali

sebagai padang permainan. Istilah taman permainan

biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak

bermain buaian, memanjat kerangka besi dan

kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini

hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua

ini.

UMUM 
DODOI DODOI, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan khusus untuk kanak-kanak. Biasanya dodoi didendangkan oleh ibu atau golongan tua untuk menidurkan anak di dalam buaian.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas