Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buang] | بواڠ

Definisi : ; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buang] | بواڠ

Definisi : ; ~ air besar berak. ~ air darah disenteri. ~ air kecil kencing. ~ daerah (negeri) hukuman mengeluarkan seseorang dr daerah (negeri) asal dan tidak dibenarkan pulang kerana melakukan kesalahan. ~-~ air cirit-birit. membuang 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; mensia-siakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. membuangkan membuang utk orang lain. pembuangan perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buang

Puisi
 

Kalau nak hujan hujan sekali,
     Boleh saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
     Boleh saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Kain lama dicampak buang,
     kain baru pula dicari.

Bermaksud :

Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
#apakah yang dimaksudkan dengan buang, anak dan buang anak??Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, buang ialah campak atau lempar. Anak ialah manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir. Buang anak pula ialah tidak mahu anak atau tidak mengaku anak (peribahasa). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum.Makna03.01.2008
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Yang manakah antara ayat berikut adalah gramatis? 1) Sila buang kerta yang tidak anda gunakan. 2) Sila buang kertas yang anda tidak gunakan. 3) Slia buang kerta yang tidak digunakan oleh anda.

Ayat yang betul ialah:

1. Sila buang kertas yang tidak anda gunakan.

2. Sila buang kertas yang anda tidak gunakan

Tatabahasa29.04.2022
Salam. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini diterima? Terima kasih. 1. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. 2. Jangan buang sampah merata-rata tempat.Frasa yang betul ialah "Jangan buang sampah di merata-rata tempat".Tatabahasa05.09.2014
Assalamualaikum. Timbul kekeliruan mengenai penggunaan tanda elipsis (...) iaitu apakah perlu dijarakkan atau dirapatkan selepas perkataan di hadapannya. Contoh: "Okey... jangan buang masa." atau "Okey ... jangan buang masa." Terima kasih.Wa alaikum salam,

Tanda elipsis ( ... ) perlu dijarakkan selepas perkataan di hadapannya. Merujuk contoh yang diberikan, Okey ... jangan buang masa.
Tatabahasa22.02.2018
Takrif frasa 'buang tabiat' dan asal - usulnya.Tiada maklumat tentang asal usul perkataan buang tabiat dalam pangkalan data kami. Hal ini berkemungkinan berkaitan dengan budaya masyarakat Melayu sering melihat sesuatu yang di luar dugaan berlaku apabila seseorang itu bertindak bukan sebagaimana lazimnya. Walau bagaimanapun tiada kajian tuntas atau dapatan yang benar tentang tanggapan ini.Lain-lain28.12.2017
gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi?1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi.Makna01.07.2014
Kata dua, main, buang, dia dalam satu atau dua suku kata?
Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan:     
1. dua= du-a
2. buang= bu-ang
3. dia= di-a
Tatabahasa10.09.2015
1.'Suitable during maternity, menstruation and after urination'. May I check whether can translate the above statement as below. -Sesuai digunakan semasa mengandung, kedatangan haid dan selepas buang air kecil. We want to avoid the use of 'selepas buang air kecil' as it doesn't seems polite to be advertised in the periodicals. Any other Malay wording to recommend for use? 2. 'Tested in accordance with INDA/EDANA Flushability Guidelines and Code of Practice' May I check whether can we translate the above statement as below. - Telah diuji mengikut Garis Panduan dan Kod/Tata Amalan Flushabiliti INDA/EDANA. Which is the right word to use, 'Kod Amalan' or 'Tata Amalan' when referring to Code of Practice?1. Suitable during maternity, menstruation and after urination  - Sesuai digunakan semasa mengandung, kedatangan haid dan selepas buang air kecil. (tidak ada perkataan lain untuk buang air kecil)

2. Tested in accordance with INDA/EDANA Flushability Guidelines and Code of Practice  - Telah diuji mengikut Garis Panduan dan Tataamalan "Flushability" INDA/EDANA. (Tidak ada istilah bahasa Melayu untuk "flushability)
Penyemakan dan penterjemahan15.06.2016
Bagaimana membatangkan perkataan main, buat, buang? Satu suku kata atau dua suku kata? Main atau ma+in. Terima kasih.Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan:     
1. main= ma-in
2. buang= bu-ang
3. buat= bu-at
Tatabahasa10.09.2015
Adakah terdapat kata sisipan dalam perkataan 'kelebak'? Pada pengetahuan saya, jika saya buang sisipan 'el', perkataan dasarnya akan jadi 'kebak'. Saya telah semak di dalam kamus, perkataan tersebut (kebak) tidak tersenarai. Jadi, adakah perkataan 'kelebak' boleh diterima sebagai kata sisipan? Begitu juga perkataan 'kelingking'. Jika kita buang sisipan 'el', perkataan tersebut akan jadi 'kingking'. Dalam Kamus Dewan Edisi ke-3, perkataan 'kingking' bermaksud 'limau'. Dari manakah asal perkataan tersebut? Mengapa perkataan tersebut membawa maksud 'limau'? Terima kasih.Tidak semua perkataan yang ada huruf el di tengah-tengah perkataan menunjukkan berlakunya proses sisipan el pada perkataan tersebut. kata dasar dan kata yang ada sisipan el mempunyai makna yang hampir sama, seperti serak dan selerak. Kamus Dewan tidak menyenaraikan etimologi (asal-usul kata), sila rujuk kamus/buku lain yang berkaitan. Tatabahasa03.09.2008
1234567

Kembali ke atas