maksud safari | Maknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Makna | 17.01.2010 |
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal? | Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang. | Lain-lain | 13.01.2010 |
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih | 1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud 1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. | Istilah | 25.08.2009 |