Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jangan buat saya marah terhadap kamu. Jangan buat saya memarahi kamu. Kedua-dua ayat betul ke?Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Tatabahasa11.11.2022
Saya ada soalan tentang penggunaan "pada", "kepada" dan "terhadap" di mana jawapan di dalam Khidmat nasihat selalu bercanggah. 1. Jangan buat begitu pada/kepada/terhadap saya. Saya fikir "kepada" atau "terhadap" lebih tepat kerana ia menunjukkan maksud sasaran. Tetapi ada jawapan Khidmat Nasihat yang mengatakan "pada" betul dalam konteks ini. Bukankah "pada" digunakan selepas kata kerja, dan sebelum tempat? Contohnya, "Gantung cermin ini pada dinding." Jika "pada" digunakan untuk manusia, hanya dalam konteks ada + pada, contohnya "Duit itu ada pada Zara." Mohon pencerahan.

Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Jawapan dan contoh ayat yang diberikan oleh pihak puan betul dan tepat. Terima kasih atas pandangan dan teguran yang diberikan.

Tatabahasa24.07.2020
Definisi: Kesiapsiagaan (= preparedness), betul ke? Saya tengah buat thesis tentang 'preparedness' terhadap wabak Avian Influenza. TQ, Dr. Amin HUKM asbaza7@yahoo.com atau dramin012000@yahoo.comMerujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, kata ini merupakan imbuhan kepada kata siap. Siap siaga merujuk kepada keadaan sudah bersedia untuk melakukan sesuatu dan lain-lain. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kata ini, Dr. boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat pada muka surat 1485.Makna06.01.2008
Apakah kadar purata bagi penyalahgunaan bahasa melayu dalam media pengiklanan?Soalan saudara memerlukan kajian yang terperinci untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Sila rujuk artikel yang berkaitan dan buat analisis terhadap kesalahan bahasa yang tersebut untuk mendapatkan jawaban yang tepat.Tatabahasa27.08.2010
Salam tuan, Mohon kerjasama tuan untuk pihak kami dapatkan format terkini gaya bahasa penulisan surat rasmi contohnya untuk panggilan mesyuarat atau undangan peserta/penceramah. Perhatian dan kerjasama pihak tuan amat diharapkan bagi penambaikan dan panduan buat kami terhadap gaya penulisan surat rasmi di jabatan. Sekian, terima kasih.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman puan, format penulisan surat hendaklah merujuk garis panduan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Garis panduan tersebut boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala untuk melihat penggunaan bahasa yang betul termasuklah dalam penulisan surat rasmi, puan boleh merujuk buku Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba, terbitan DBP.Lain-lain05.06.2012
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih.

Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum

Tatabahasa30.06.2008
Terdapat kesalahan ejaan pada Maklumat Kata "Perisian". Terdapat perkataan "yg" digunakan di dalam penyataan ayat baci carian "Perisian"Terima kasih atas keprihatinan terhadap perkara ini. Buat masa ini pihak DBP sedang membersihkan data-data lama untuk dikemaskini bagi mengesan perkataan yang menggunakan singkatan seperti ini.Ejaan16.04.2021
saya ingin bertanya satu soalan ....buat masa ini,masih ada jawatan kosong atau pon tidak di DBP?Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Iklan tersebut akan disiarkan melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar atempatan. Sila layari laman kami dari masa ke masa dan melihat akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya pada hujung minggu. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan.Lain-lain26.04.2008
Assalamualikum W.B.T & salam sejahtera. Saya Abdul Aziz Bin Arsyad dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah. Soalan saya, apakah terjemahan yang betul sekiranya pihak sekolah ingin menterjemahkan nama sekolah ke dalam Bahasa Inggeris? Nama yang kami gunakan buat masa ini adalah Sabah Sports School tetapi terdapat kekeliruan terhadap kemasukan kata 'Malaysia' di dalam nama ini. Terdapat beberapa versi yang kerap digunakan seperti Sabah Sports School, Sabah Sports School, Malaysia dan Sabah Malaysian Sports School. Kekeliruan ini sering menjadi pertikaian pihak sekolah. Saya sebagai wakil sekolah berharap pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dapat membantu memberikan jawapan yang kukuh terhadap kekeliruan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Abdul Aziz bin Arsyad Pengawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Sekolah Sukan Malaysia SabahUntuk makluman tuan skop Khidmat Nasihat Bahasa ialah menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah, tatabahasa dan laras penggunaan bahasa. Oleh itu, hal penggunaan bahasa Inggeris yang betul hendaklah dirujuk kepada pihak yang berwenang.Lain-lain19.08.2014
Salam sejahtera pihak DBP, Saya selalu keliru dengan penggunaan perkataan kata sendi nama seperti berikut: 1. Adakah: i. "Kucing itu melompat dari / daripada kereta @ tangan @ tingkap"? ii. "Dia keluar dari / daripada kereta", "Roti itu dikeluarkan dari / daripada ketuhar"? - menunjukkan tempat atau arah? (DARI) - menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad? (DARIPADA) Saya nampak beberapa nasihat yang berbeza daripada DBP di ruang Khidmat Nasihat. 2. "Dia buat sesuatu terhadap / kepada / pada saya." 3. "Perkara itu terjadi kepada / pada saya."1. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama yang merujuk arah, tempat dan masa, seperti Dia berasal dari kampung; manakala kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama yang merujuk sumber dan perbandingan, seperti Roti diperbuat daripada tepung.
2. Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan, Jangan bersikap biadab terhadap orang tua; kata sendi nama kepada digunakan untuk merujuk sasaran, Lagu ini ditujukan kepada kekasihnya; dan kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, Pertandingan ini diadakan pada peringkat kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.
Tatabahasa06.07.2022
12

Kembali ke atas