Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
artificial alimentationalimentasi buatan/memale buatanalimentasi buatanalimentasi buatanPerubatan
artificial ageingpenuaan buatanpenuaan buatanpenuaan buatanKejuruteraan Kapal Terbang
artificial satellitesatelit buatansatelit buatansatelit buatanAeroangkasa
artificial gravitygravitasi buatangraviti buatangraviti buatanAeroangkasa
artificial feelsentuhan buatansentuhan buatan (rasa)sentuhan buatanKejuruteraan Kapal Terbang
artificial drainagedrainase buatansaliran buatansaliran buatanPertanian
artificial crackretak buatanretak buatanretak buatanPertanian
artificial stockingstok buatanpenstokan buatanpenstokan buatanPerikanan
artificial enrichmentpengkayaan buatanpengkayaan buatanpengkayaan buatanPerikanan
artificial horizonhorizon buatanufuk buatanufuk buatanKejuruteraan Kapal Terbang
12345678910

Kembali ke atas