Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan tersusun dalam bentuk dua barisan memanjang di bahagian tengah dorsum toraks serangga Diptera. (BIO) acrosyndesis (akrosindesis) Pemasangan telomer oleh kromosom homolog semasa meiosis. (BIO) acrylic fibre (gentian akrilik) Gentian buatan yang terdiri daripada rantai polimer sintetik, dengan sekurang- kurangnya 85% (berdasarkan berat) unit akrilonitril, -CH 2 CH(CN)-. Gentian akrilik digunakan untuk membuat gentian modakrilik, selimut dan permaidani. (KIM) acrylic di antara dua permukaan tu- lang pada sendi bersinovium. (UBAT) articular facet (faset sendi) Faset di atas tulang, iaitu tempat tulang tersebut bersendi dengan struktur lain. (UBAT) artificial language (bahasa buatan) 1. Bahasa yang menggunakan peraturan dan gaya bahasa yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk memudahkan pelaksanaan penggunaan terten- tu. Contohnya, bahasa pengaturcaraan. 2. Bahasa yang tidak digunakan secara semula

Kembali ke atas