Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artificial fibregentian buatan; serabut buatanKimiaTiadaGentian buatan: Gentian yang diperbuat daripada polimer berberat molekul tinggi seperti poliamida, poliester, akrilik dan poliolefin.
artificial intelligencekecerdasan buatan; kecerdikan buatanKejuruteraanTiadaTiada
artificial fibregentian buatan; serabut buatanKejuruteraanTiadaTiada
chemotherapeutic agentagen kemoterapiBioteknologiTiadaSebatian kimia buatan atau separa buatan, termasuk antibiotik yang dihasilkan secara buatan, seperti terbitan penisilin yang berupaya merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. Agen ini digunakan sebagai agen terapi dalam badan pesakit.
artificial selectionpemilihan buatanPertanianAgronomi

Pemilihan secara sengaja yang dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan tanaman yang mempunyai ciri diingini. Contohnya, baka padi yang moden adalah bersifat rendah dan tinggi hasilnya kerana telah melalui proses pemilihan buatan. Pemilihan buatan berbeza dengan pemilihan semula jadi yang diterangkan oleh Charles Darwin sebagai satu proses pemilihan yang memastikan tumbuhan yang dapat menyesuaikan dengan habitat sekeliling dapat bertahan manakala yang lain akan pupus.

tape lacerenda pitaKesenianTiadaRenda buatan mesin atau pita buatan tangan yang membentuk corak, disambungkan dengan palang atau dijahit pada fabrik net.
thread lacerenda benangKesenianTiadaRenda yang diperbuat daripada gentian linen. Istilah ini adakalanya digunakan untuk membezakan antara renda buatan tangan dengan renda buatan mesin.
artificial intelligencekecerdasan buatanTeknologi MaklumatTiadaSatu cabang sains komputer yang membolehkan komputer mensimulasi aspek kecerdasan manusia seperti pengecaman suara, deduksi, inferens, respons kreatif, kebolehan belajar daripada pengalaman dan kebolehan membuat inferens apabila diberi maklumat yang tidak lengkap. Dua bidang penyelidikan kecerdasan buatan yang lazim ialah sistem pakar dan pemprosesan bahasa tabii. Konsep kecerdasan buatan dibina oleh Alan Turing pada tahun 1950. Beliau menggunakan istilah kecerdasan komputer. Konsep ini dinamakan semula sebagai kecerdasan buatan oleh John Mc Carty pada tahun 1955. Antara aplikasi kecerdasan buatan terawal ialah atur cara komputer yang boleh bermain catur. Atur cara ini telah digunakan untuk mengalahkan juara catur dunia Anatoly Karpov.
tissue engineeringkejuruteraan tisuFizikNanoteknologiTeknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan.
artificialbuatan; tiruanFizikTiada1. Buatan: Sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat oleh manusia dan tidak asli. 2. Tiruan: Hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli dan hasilnya juga tidak asli atau tulen.
12345678910...

Kembali ke atas