Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bar] | بوبر

Definisi : 1. cerai-berai (orang ramai yg berkumpul dll), berserak-serak, bersurai: penunjuk-penunjuk perasaan ~ setelah polis mendapat bantuan lagi; 2. habis, selesai (mesyuarat, sekolah, dll), usai: ketika ia sampai, mesyuarat baru saja ~; 3. selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan, dll): syarikat kerjasama itu ~ kerana ahli-ahli tidak menunaikan tanggungannya; membubarkan 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen;pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan: ~ Dewan Rakyat; ~ syarikat; ~ Parlimen (Udg) perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan;pembubar 1. orang dll yg membubarkan; 2. (Eko) orang yg menyelenggarakan pembubaran sesuatu syarikat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bar] | بوبر

Definisi : 1 bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2 selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3 tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. ~ Parlimen perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011

Kembali ke atas