Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bar] | بوبر

Definisi : 1. cerai-berai (orang ramai yg berkumpul dll), berserak-serak, bersurai: penunjuk-penunjuk perasaan ~ setelah polis mendapat bantuan lagi; 2. habis, selesai (mesyuarat, sekolah, dll), usai: ketika ia sampai, mesyuarat baru saja ~; 3. selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan, dll): syarikat kerjasama itu ~ kerana ahli-ahli tidak menunaikan tanggungannya; membubarkan 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen;pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan: ~ Dewan Rakyat; ~ syarikat; ~ Parlimen (Udg) perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan;pembubar 1. orang dll yg membubarkan; 2. (Eko) orang yg menyelenggarakan pembubaran sesuatu syarikat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bar] | بوبر

Definisi : 1 bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2 selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3 tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. ~ Parlimen perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
BubarRaja Guru SabahBorneo Mail02.03.1997
Usul bubar IPPP dijangka jadi perbincangan hangatTiadaUtusan Melayu23.09.1980
Gesa bubar Kumpulan Budaya NegeriTiadaBerita Harian15.08.1981
Dewan Rakyat bubar 26 March?Hantu RayaUtusan Melayu22.02.1982
GAFIM akan bubar?Fauzan Uda AhmadUtusan Malaysia20.10.1993
Krisis: DPMP mungkin bubarTiadaBerita Minggu29.09.1974
Perenang Malam tak bubar kerana PPKM. Jusoff TaibMingguan Timur11.07.1976
DPMP hendak di bubar? Saya terkejut besar..Baharuden Mohd SaidUtusan Malaysia15.02.1972
Perentas kesal ura-ura bubar IPPPTiadaUtusan Malaysia22.09.1980
Konvensyen minta sebuah parti bubar jika lari daripada perjuangan:GPMS sudah dijadikan alat politikAhmad Zaki A BakarBerita Harian08.07.1987
12

Kembali ke atas