Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.bu] | بوبو

Definisi : beberapa jenis alat penangkap ikan (berupa bakul yg membolehkan ikan masuk tetapi menghalangnya keluar); jenis-jenisnya: ~ batang (panjang, tidur), ~ diam (duduk), ~ jantung, ~ tadah; menahan ~ = memasang ~ menempatkan bubu dlm air utk menangkap ikan; ~ duduk jiwaku hilang prb sia-sia melawan orang yg lebih drpd kita (hanya menyusahkan diri sendiri); membubu 1. berbentuk bubu, menyerupai bubu; 2. menangkap ikan dgn bubu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.bu] | بوبو

Definisi : alat penangkap ikan yg memungkinkan ikan masuk tetapi tidak dpt keluar; lukah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubu

Puisi
 

Petang hari menahan bubu,
     Bubu ditahan olak mengkalang;
Diri umpama semacam tebu,
     Habis manis sepah dibuang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ke hulu kena bubu,
     ke hilir kena tengkalak.

Bermaksud :

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTahan bubu tahanlah bubu, Bubu ditahan di hilir muara; Adinda ke hilir abang ke hulu, Sama mengalir air mata.
Kurik Kundi Merah SagaPetang hari menahan bubu, Bubu ditahan olak mengkalang; Diri umpama semacam tebu, Habis manis sepah dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaTahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak memasang rakit, Baik-baik terkena jari; Bubu dipasang kurang himpit, Dilanggar roboh sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu Mamak Pelikat, Lima tahun balik negeri; Bubu kuhimpit lagi kuikat, Kalau tak kena kupasang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit bertangga batu, Itu bernama anak Si Abu; Lama ditunggu dapat satu, Lebih baik pasang bubu.

Kembali ke atas