Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.cu] | بوچو

Definisi : penjuru, sudut: ~ meja; ~ bilik;berbucu berpenjuru, bersudut; ~ enam bersudut enam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.cu] | بوچو

Definisi : bahagian hujung sesuatu yg biasanya bersudut; penjuru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bucu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah segitiga dan tigasegi mempunyai maksud yg sama bagi menggambarkan bentuk yg mempunyai 3 bucu ? Penggunaan kata yg manakah paling sesuai menggambarkan bentuk yg mempunyai 3 bucu ,.... segitiga atau tigasegi?Yang betul ialah segi tiga, justeru perkataan sesuai menggambarkan bentuk yang mempunyai tiga bucu ialah segi tigaMakna21.05.2007
Sesiku merujuk kepada sudut 30°, 60° dan 90°. Boleh ke tidak digunakan sebagai "sesiku meja" bagi bucu meja? Terima ksasih. Penggunaan sesiku meja tidak boleh digunakan bagi menunjukkan bucu meja.Tatabahasa12.08.2020
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkalJawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar.Tatabahasa11.09.2009
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019

Kembali ke atas