Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/] | بودق

Definisi : 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da/] | بودق

Definisi : 1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2 orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
juvenileadj 1. characteristic of young person, kebudak-budakan, spt budak-budak: ~ appearance, wajah spt budak-budak; ~ behaviour, perangai yg kebudak-budakan; 2. suitable for young person, utk budak-budak: ~ story books, buku cerita utk budak-budak; 3. for young person, budak-budak, juvenil: ~ court, mahkamah juvenil; 4. involving young people, dilakukan oleh budak-budak, juvenil: the sudden increase in ~ crime, pertambahan jenayah yg dilakukan oleh budak-budak yg mendadak; 5. childish, silly, kebudak-budakan; (of person), (berkelakuan) spt budak-budak, kebudak-budakan: how do you put up with his ~ jokes?, bagaimana kamu tahan mendengar jenakanya yg kebudak-budakan itu?; ~ pranks, seloroh yg kebudak-budakan; he can be so ~ sometimes, kadang-kadang dia spt budak-budak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sewingn 1. (skill) menjahit: the girls were taught ~ and the boys woodworking, budak-budak perempuan diajar menjahit dan budak-budak lelaki diajar bertukang kayu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waif2. object or animal with no owner, /barang, binatang/ terbiar; ~s and strays, budak-budak /terbiar, terbuang/: she takes ~s and strays into her home, dia mengambil budak-budak yg terbiar tinggal di rumahnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pet 2 n ; in a ~, dlm keadaan marah macam budak-budak: he flung out of the room in a ~ banging the door behind him, dia berlari keluar dr bilik itu dlm keadaan marah macam budak-budak dan menghempaskan pintu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
juvenilen budak-budak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
schoolchildrenn /kanak-kanak, budak-budak/ sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play“Sangat senyap di sini.” “Itu krn budak-budak sedang bermain di luar”; 3. (sport) a. manner of playing, permainan [sso], cara [sso] bermain: they admired his fine ~, mereka mengagumi permainannya yg baik; rough ~, main kasar; b. playing of a game usu for certain period, permainan: rain interfered with ~, hujan menganggu permainan; ~ is due to begin at 2 p.m., permainan dijangka bermula pd pukul 2.00 petang; c. manoeuvre in game, teknik permainan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kiddie , kiddyn (sl) budak-budak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thievingadj suka mencuri: those ~ children, budak-budak yg suka mencuri itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
messagemencuba tdk mempedulikannya dan membuat dia melihat saya dgn budak-budak lelaki lain, tetapi dia masih tdk faham.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas