Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/.bu.da/] | بودق-بودق

Definisi : kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak-budak

Puisi
 

Budak-budak beli terung,
     Kalau terung dimasak minyak;
Lagi ditimbang baik diborong,
     Kalau ditimbang untung tak banyak.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mone[m.nE]kata adjektifcomel, molek, cantik, segak, gebu.Budak-budak kat tadika tu mone-mone belaka.[bu.dA/.bu.dA/ kAt tA.di.kA tu m.nE.m.nE b«.lA.kA]Budak-budak di tadika itu comel-comel belaka.
segagan[gA.gAn]kata adjektifsebaya, sepadan, sama besar.Budak-budak Taon Satu sekolah ni nampak segagan saja.[bu.dA/.bu.dA/ tAon sA.tu s«.ko.lAh ni nAm.pA/ s«.gA.gAn sA.dZA]Budak-budak Tahun Satu sekolah ini kelihatan sebaya saja.
merasak[m«.ÒA.sA/]kata adjektifpenuh sesak, berasak-asak.Budak-budak mai merasak kat padang pasai tengok pesta medeka.[bu.dA/.bu.dA/ mAj m«.ÒA.sA/ kAt pA.dAN pA.sAj tE.N/ pes.tA m«.dE.kA]Budak-budak penuh sesak di padang kerana hendak melihat pesta merdeka itu.
hantau[hAn.tAw]kata kerjamengunjurkan atau meletakkan kaki atau tangan ke atas sesuatu; santau.Budak-budak tak buleh hantau kaki depan orang tua.[bu.dA/.bu.dA/ tA/ bu.leh hAn.tAw kA.ki d«.pAn .ÒAN tu.wA]Budak-budak tidak boleh mengunjurkan kaki di depan orang tua.
rongkah[ҍN.kAh]kata kerjamerungkaikan, merelaikan, mencerai-ceraikan bahagian-bahagian/komponen sesuatu benda.Budak-budak tu dok rongkah radio pak depa sampai rosak.[bu.dAk.bu.dA/ tu do/ ҍN.kAh ÒA.di.jo pA/ dE.pA sAm.pAj ҍ.sA/]Budak-budak itu mencerai-ceraikan komponen radio ayahnya sehingga rosak.
cak I[tSA/]kata namapermainan sembunyi-sembunyi antara dua pihak; cak cilut, cilut cak.Budak-budak tu kena marah pasai maen cak dalam bilek tidok.[bu.dA/.bu.dA/ tu k«.nA mA.ÒAh pA.sAj mAen tSA/ dA.lAm bi.le/ ti.dâÖ]Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
cilut cak[tSi.lut tSA/] permainan sembunyi-sembunyi antara dua pihak; cak, cak cilut.Budak-budak tu kena marah pasai maen cak cilut dalam bilek tidoq.[bu.dA/.bu.dA/ tu k«.nA mA.ÒAh pA.sAj mAen tSi.lut tSA/ dA.lAm bi.le/ ti.dâÖ]Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
cak cilut[tSA/ tSi.lut] permainan sembunyi-sembunyi antara dua pihak; cak, cilut cak.Budak-budak tu kena marah pasai maen cak cilut dalam bilek tidoq.[bu.dA/.bu.dA/ tu k«.nA mA.ÒAh pA.sAj mAen tSA/ tSi.lut dA.lAm bi.le/ ti.dâÖ]Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
mamun[mA.mun]kata kerja1. mengigau, agak nyanyuk.Jangan bagi budak-budak tu maen kuat sangat, nanti dia mamun masa dia tidoq.[dZA.NAn bA.gi bu.dA/.bu.dA/ tu mAen ku.wAt sA.NAt nAn.ti di.jA mA.mun mA.sA di.jA ti.d)Ö]Jangan biarkan budak-budak itu bermain terlalu lama, nanti mereka mengigau dalam tidur.
celakoi[tS«.lA.koj]kata tugasseruan yang lebih ringan maksudnya daripada makna perkataan celaka, bedebah (kata seruan).Celakoi sunggoh budak-budak ni curi buah moktan aku.[tS«.lA.koj suN.goh bu.dA/.bu.dA/ ni tSu.Òi bu.wAh mo/.tAn A.ku]Budak-budak bedebah ini mencuri buah rambutan aku.
123456789

Kembali ke atas