Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da.ya] | بودايا

Definisi : 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~;~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa;berbudaya mempunyai budaya, memiliki cara berfikir dgn akal budi yg sudah maju: bangsa yg ~;membudaya menjadi kebiasaan atau kelaziman, membentuk kebudayaan: hukuman moral ini belum ~ di negara ini;membudayakan 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat;pembudayaan proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dll): ~ ilmu di kalangan pelajar penting utk pembinaan negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da.ya] | بودايا

Definisi : 1 kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman; peradaban: Pd abad yg kesepuluh, ~ Arab jauh lebih tinggi drpd ~ Eropah. 2 sudah maju atau beradab: jiwa yg ~ jiwa yg telah maju. berbudaya mempunyai budaya; mempunyai fikiran dan akal budi yg sudah maju. membudayakan mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya; ~ masyarakat. kebudayaan 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. budayawan orang yg berkecimpung dlm hal-hal kebudayaan; ahli kebudayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budaya


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Budaya dibangunkan dalam norma masyarakatTiadaUtusan Sarawak28.02.2009
Budaya mmbaca bina modal insanAdeng IdrusMingguan Sarawak26.10.2008
Budaya 'tidak apa' rosakkan bangsa Melayut.pBerita Harian22.12.2008
Budaya elemen penting bina jati diri, kata NasirTiadaUtusan Borneo08.03.2009
Budaya penting dalam kehidupan, kata NasirAbd Naddin Haji ShaiddinUtusan Borneo07.03.2009
Budaya membaca perlu terus digerakkan capai minda kelas pertamaTiadaNew Sabah Times20.04.2006
Budaya membaca penentu kejayaan Kota Buku di KLZainor SaidBerita Harian22.05.2009
Budaya penulisan berbentuk fitnah rugikan bangsa [Minda Pengarang]TiadaBerita Harian23.04.2009
Budaya menegur pudarRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian30.10.2008
Budaya yang TercabarMohd Khuzairi IsmailUtusan Malaysia15.02.2008
12345678910...

Kembali ke atas