Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi baik

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(230)
Peribahasa

Ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Lupa akan budi baik orang.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No AlamatSila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan.Lain-lain18.01.2024
As salam tuan dan puan di talian, Terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada soalan yang saya utarakan. Selamat bertugas dan Selamat Hari Pekerja.Atas budi baik tuan, kami juga mengucapkan terima kasih.Lain-lain28.04.2015
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007
Assalamualaikum wbt dan selamat petang Tuan, Saya merupakan pelajar PhD di USM. Saya ingin bertanya tentang istilah brief (Contoh: Solution Focused Brief Therapy). Apakah istilah brief yang sesuai dalam bahasa Melayu atau perlu kekalkan perkataan brief tersebut? (Terapi Brief Fokus Penyelesaian. Sekian, terima kasih atas budi baik,Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud brief ialah "memberikan taklimat, ringkasan, arahan atau singkat". Terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah "Terapi Ringkas Penyelesaian Masalah". Makna06.01.2022
Assalamualaikum WBT Tuan/Puan, Saya merupakan pelajar PhD di USM. Saya menjalankan kajian berkaitan resiliensi (daya tahan) pelajar di IPG. Saya ingin bertanya, istilah manakah yang sesuai untuk saya gunakan dalam kajian saya - resiliensi atau resilien atau daya tahan atau ketahanan diri? Terima kasih atas budi baik tuan/puan.Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk  resilience.Istilah23.02.2019
Gadis itu sangat baik budi pekertinya. Apakah pola ayat ,subjek dan predikat untuk ayat ini? Mohon pencerahan munsyi.Subjek - Gadis itu
Predikat - sangat baik budi pekertinya
Tatabahasa31.07.2021
Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Terima kasih diucapkan atas maklum balas yang diberi. Saya telah menghubungi pihak Jabatan Penerbitan dan dimaklumkan bahawa jabatan tersebut hanya akan memproses manuskrip sehingga proses kelulusan manuskrip. Boleh saya dapatkan juga maklumat lanjut mengenai proses percetakan dan edaran buku kepada masyarakat umum, serta sama ada terdapat sebarang pembayaran yang perlu dibuat? Dimohon budi baik tuan/puan juga untuk memberi maklumat perhubungan pegawai berkenaan sekiranya ada. Maklum balas tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Salam tuan budiman,

Berhubung maklumat lanjut mengenai proses percetakan dan edaran buku kepada masyarakat umum, serta sama ada terdapat sebarang pembayaran yang perlu dibuat, pihak tuan bolehlah menguhubungi Pegawai di Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka seperti maklumat yang berikut:

1. Encik Mohd Azam bin Juhari, melalui talian telefon: 03-2147 9474
2. Encik Mohd Fesal bin Muhammad, melalui talian telefon: 03-2147 9496 
Lain-lain25.07.2019
Gadis itu sangat baik budi pekertinya. Apakah pola ayat untuk ayat ini? Mohon pencerahan tuan. Selain itu, 'tambahan pula' tergolong dalam kata hubung gabungan; Dia tekun belajar, tambahan pula aktif dalam kegiatan kokurikulm. Oleh itu, bolehx "tambahan pula" digunakan pada pangkal ayat. Mohon pencerahan tuan

Pola ayat "Gadis itu sangat baik budi pekertinya" ialah  Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA). Gadis itu (subjek) + sangat baik budi pekertinya (pradikat). Perkataan “tambahan pula” boleh digunakan dipangkal ayat sebagai penanda wacana  yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat tambahan lain dalam wacana. Penanda wacana "tambahan pula" hadir pada awal ayat lazimnya diberikan tanda koma selepas perkataan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 - 526. 

Tatabahasa03.08.2021
saya ingin bertanyakan pantun di bawah, yang mana tepat yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. atau yang kurik itu kendi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa 'kundi' atau 'kendi' yang mana satu betul...dan tolong beri alasanUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Istilah21.10.2010
Saya Asma Yadaro , sedang belajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar, ingin bertanya DBP,apakah maksud pantun budi saya minta contohnya juga ,terima kasih.Pantun budi lazimnya cenderung mengetengahkan tentang budi bahasa. Contoh pantun budi ialah:

Bintang di timur cuacanya baik,
   Cahanyanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
   Itulah budi dikenang orang.


Puan boleh merujuk buku Kurik Kudi Merah Saga, terbitan DBP untuk mendapatkan lebih banyak lagi contoh pantun Melayu.
Sastera06.11.2013
12345

Kembali ke atas