Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.du] | بودو

Definisi : sj pekasam ikan; kalau kubuka tempayan ~, baru tahu prb kalau kubuka rahsiamu tentu akan malu dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.du] | بودو

Definisi : pekasam yg dibuat drpd ikan yg halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fresh vegetablesayur segarHerbaBotani dan BioteknologiBahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan.
fermentationpenapaianMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses metabolisme karbohidrat atau sebatian berkaitan yang dioksidakan dengan pembebasan tenaga tanpa kehadiran penerima elektron luaran. Dalam penapaian, penerima elektron akhir terdiri daripada sebatian organik yang dihasilkan daripada pemecahan karbohidrat. Makanan seperti budu, kicap dan tempe melalui proses ini dengan menggunakan mikroorganisma. Sinonim fermentasi.

Kembali ke atas