Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.fét] | بوفيت

Definisi : (bufét)hidangan pelbagai jenis makanan dan minuman (biasanya dihidangkan di atas meja secara layan diri) utk dinikmati oleh tetamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bufet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
RESTORAN BELANGA BUFET STEAMBOAT GRILL HARGA PROMOSI RM 24.90Sila buat permohonan iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain13.09.2018
apakah ejaan yg betul?buffet atau bufet?Ejaan yang betul "Bufet".Ejaan18.10.2017
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih.Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN  DI PULLMAN, KLCC.Lain-lain13.04.2018
Assalamualaikum, mohon pandangan tentang padanan istilah 'live station' dalam bidang katering. 'live station' ialah stesen dengan tukang masak yang turut disediakan dalam hidangan secara bufet. Jika di hotel-hotel di Malaysia, kebiasaannya stesen ini adalah untuk memasak telur dadar. Adakah istilah ini sesuai diterjemahkan sebagai 'stesen memasak' atau 'stesen tukang masak' atau terdapat istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih.Cadangan kami ialah Kaunter Makanan Panas.Lain-lain26.04.2018

Kembali ke atas