Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung udara pd cecair, busa; kalau pandai meniti ~, selamat badan ke seberang prb kalau keras kemahuan nescaya tercapai maksud; berbuih, membuih mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa: sabun ~ apabila dicampurkan air; ~ mulut ki tidak berhenti-henti memperkatakan (orang, peristiwa, sesuatu hal, dll); membuihkan menjadikan berbuih: air lembut mudah ~ sabun;pembuihan perihal membuih(kan), pembusaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung putih yg terdapat pd benda-benda cair, spt pd air sabun; busa. berbuih ada buihnya: Mulutnya ~ apabila bercakap. membuih mengeluarkan buih; menjadi buih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buih

Puisi
 

Buih putih di air terjun,
     Dara jelita menangguk ikan;
Biar pun kuih bercampur racun,
     Kerana cinta sanggup dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk perkataan vokal bergabung seperti suis, kain, buih.... Adakah ia dikira satu suku kata atau dua suku kata ?Perkataan suis (su.is), kain (ka.in) dan buih (bu.ih) mengandungi dua suku kata.Tatabahasa19.03.2018
Terdapat perbezaan penggunaan hamzah (perkataan Jawi) di dalam kamus DBP dengan system online DBP. Contoh perkataan seperti laut, buih, main dan sebagainya. Mohon penjelasan. Terima kasih.Ejaan pada kedua-dua sumber, iaitu sistem dalam talian dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi adalah sama.  Penggunaan huruf hamzah juga sama.  Yang membezakan antara kedua-dua sumber ialah pada buku, huruf hamzah ditulis 1/3 tinggi daripada paras huruf lain, manakala pada sistem, huruf hamzah ditulis selari dan sama paras dengan huruf lain.  Hal ini kemungkinan disebabkan masalah teknikal.  Kedudukan huruf hamzah yang paling tepat ialah pada buku Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi.Ejaan29.06.2016
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung

Encik Badarul,

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat.

 

Ejaan28.12.2010
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. Mobile payment market - pasaran pembayaran bimbit @ mudah alih ? 2. intelligent container terminal - pelabuhan/terminal kontena pintar? 3. State Council – Majlis negeri @ Dewan negeri? 4. real estate bubble – buih hartanah? 5. shadow banking – perbankan bayang? 6. community of shared destiny for mankind “komuniti / masyarakat yang berkongsi nasib/ berkongsi masa depan”? 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong? 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik? 9. Sinicization of Marxism – Marxisme yang dichinakan? 10. high-end forum – Forum Kemuncak @ atasan? 11. Internert of everything - Internet untuk segala-galanya @ internet pelbagai benda? 12. movable cultural relics – relik budaya boleh alih? 13. Kawasan yang paling kering – kutub kering? 14. Kawasan yang paling banyak hujan- kutub hujan? 15. Slave society - masyarakat perhambaan @ masyarakat keabdian? 16. Semi-colonial– separa kolonial @ separuh colonial 17. 10 titik peratusan = 10 %? 18. going global = melangkah ke persada global? Sekian, terima kasih.

A. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:  

1. Mobile payment market – pasaran pembayaran mudah alih

2. intelligent container terminal - terminal kontena pintar

3. State Council – Majlis Negara

4. real estate bubble – gelembung hartanah

5. shadow banking – perbankan bayangan

6. community of shared destiny for mankind-komuniti yang berkongsi masa depan manusia

7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong

8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik/gelang tergantung

9. high-end forum – Forum kemuncak atau forum atasan

10. Internert of everything - internet segala-galanya

11. movable cultural relics – relik budaya boleh alih

12. Slave society - masyarakat hamba

13. Semi-colonial– separa koloni

  

B. Mohon berikan istilah sumber dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan tersebut mengikut konteks ayat.

1. Kawasan yang paling kering

2. Kawasan yang paling banyak hujan

3. Sinicization of Marxism

4. going global

 

C. Maksud bagi 10 titik peratusan ialah kenaikan dari 10% ke 11%

Makna22.05.2021
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "bubble tea" ke dalam Bahasa Melayu? https://en.wikipedia.org/wiki/Bubble_teaUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih.Ejaan04.06.2013
Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’?Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. 
Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
Lain-lain21.03.2021
Saya merupakan pelajar yang sedang menulis tesis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mempunyai masalah untuk menentukan istilah bahasa melayu bagi tajuk tesis saya. Kajian saya berkaitan dengan gangguan di dalam lapisan ionosfera. Gangguan tersebut disebabkan oleh ketumpatan ionosfera yang rendah berbanding persekitarannya. Dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai plasma depletion. Manakala bahasa yang lazim digunakan ialah equatorial plasma bubble. Perkataan bubble dalam bahasa melayu ialah gelembung atau buih. Manakala kajian saya tertumpu kepada "plasma depletion". Berikut saya lampirkan gambar rajah simulasi equatorial plasma bubble. Terima Kasih.DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "plasma depletion" dan "plasma bubble". , Kesesuaian istilah bahasa Mlayu bergantung pada konsep yang ingin disampaikan. Contohnya perkataan "depletion" mempunyai beberapa padanan seperti pengurangan, susutan, pengosongan, kehabisan dan pengikisan. Oleh itu, terpulang pada puan untuk memilih perkataan  yang sesuai dengan konteks yang ingin dikemukakan.Istilah07.03.2016
Salam. Adakah perkataan "ai" dalam perkataan 'aiskrim ' itu itu merupakan vokal berganding? Terima kasihDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.

Perkataan ai dalam perkataan aiskrim merupakan vokal berganding.
Tatabahasa13.01.2014
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara diftong dan vokal berganding? Terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.Tatabahasa06.03.2013
bolehkah diftong diterima sebagai vokal bergandingDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.Tatabahasa02.03.2013
12

Kembali ke atas