Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung udara pd cecair, busa; kalau pandai meniti ~, selamat badan ke seberang prb kalau keras kemahuan nescaya tercapai maksud; berbuih, membuih mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa: sabun ~ apabila dicampurkan air; ~ mulut ki tidak berhenti-henti memperkatakan (orang, peristiwa, sesuatu hal, dll); membuihkan menjadikan berbuih: air lembut mudah ~ sabun;pembuihan perihal membuih(kan), pembusaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung putih yg terdapat pd benda-benda cair, spt pd air sabun; busa. berbuih ada buihnya: Mulutnya ~ apabila bercakap. membuih mengeluarkan buih; menjadi buih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buih

Puisi
 

Buih putih di air terjun,
     Dara jelita menangguk ikan;
Biar pun kuih bercampur racun,
     Kerana cinta sanggup dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cavitationperonggaanGeologiTiadadi mana pecutan tenpatan menghasilkan perendahan tekanan kepada nilai tekanan wap air dan membentukkan buih-buih tanpa udara. Pecutan tempatan yang semakin berkurangan dan tekanan yang bertambah membuat buih-buih pecah dan meletup dan menghasilkan gegaran gelombang yang akan memberi tegasan sangat tinggi ke atas dinding-dinding alur membuat dinding alur roboh.
antifoamanti buihBioteknologiTiadaSebatian berupa agen aktif permukaan yang dapat mengurangkan ketegangan permukaan buih. Bahan ini ditambah ke dalam medium fermentasi dan bertindak menggantikan sebatian yang menyebabkan buih. Bahan anti buih terdiri daripada minyak dan lemak semula jadi, silikon, sulfonat, dan bahan-bahan seperti oksalin dan propilina glikol.
antiflatulentantiflatulenFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengaomerawatangin atau gas yang berlebihan di dalam salur gastrousus. 2. Agen yang dapat menghalang penghasilan angin atau gas yang berlebihan di dalam perut dan usus. Terdapat dua jenis mekanisme tindakan agen ini, iaitu dengan menghalang penghasilan gas atau membebaskan gas dari salur gastrousus. Contoh agen yang menghalang penghasilan gas ialah makanan tambahan berasaskan enzim (MTBE} seperti produk yang mengandungi a-galaktosidase atau laktase, dan perencat berasaskan herba (PBH} seperti kayu manis, halia dan bawang. MTBE memecahkan bahan-bahan tidak hadam dan menghalang bahan ini daripada sampai ke usus besar bagi menjalani proses fermentasi oleh bakteria anaerobik sehingga menghasilkan gas. PBH mengurangkan gas terutamanya gas yang terhasil akibat memakan tum.buhan kekacang. Contoh agen yang membebaskan gas ialah simetikon. Agen ini akan bergabung dengan buih-buih gas kecil untuk membentuk buih-buih besar.Sehubungan itu, ia akan memudahkan pembebasan gas di dalam salur gastrousus melalui proses sendawa atau flatulen.
froth floatationpengapungan buihKimiaTiadaKaedah pengasingan campuran mineral yang terbahagi halus secara pengocakan dalam buih air dan minyak, supaya sesetengahnya terapung dan yang lain tenggelam.
froth glandkelenjar buihBiologiEntomologiKelenjar bena ludah (Cercoipdae: Hemiptera) yang mengeluarkan air liur dalam bentuk buih. kelenjar Batelli.
dry foambuih keringKesenianHiasan DalamanCecair pencuci yang mengandungi air berkimia yang digunakan untuk membersihkan permukaan permaidani. Buih kering ini juga digunakan untuk memudahkan proses menanggalkan kotoran sebelum permukaan tersebut dibersihkan dengan kaedah vakum.
polarizationpengutubanTeknikElektrik1. Proses menghasilkan sesaran relatif bagi cas terikat positif atau cas terikat negatif dalam suatu jasad dengan cara mengenakan medan elektrik. 2. Perubahan kimia yang berlaku di dalam sel kering semasa sel itu digunakan menyebabkan rintangan dalam sel utama bertambah dan seterusnya mengurangkan arus yang dikeluarkan oleh sel tersebut. Ini disebabkan oleh kewujudan buih-buih gas hidrogen yang menyelubungi plat negatif sel tersebut.
hard waterair liatBiologiEkologiAir yang mengandungi ion kimia, seperti kalsium, dan magnesium. Air liat tidak dapat menghasilkan buih dengan sabun kerana ionnya bertindak dengan sabun lalu membentuk mendakan. Oleh itu, air ini memerlukan banyak sabun untuk menghasilkan buih. Setengah-setengah bahan kimia perosak akan mengumpul dan mengendap apabila dimasukkan ke dalam air liat.
frothbuihFizikTiadaTiada
frothbuihPerubatanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas