Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : ; pebujangan, pembujangan, perbujangan; balai perbujangan sj balai di istana; jong ~ sj jong kerajaan; pedang perbujangan sj pedang kerajaan Perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : ; ~ semalam sj tumbuhan (herba), rumput tahi babi, Tarenna fragrans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.jang] | بوجڠ

Definisi : 1 belum berkahwin lagi, baik lelaki mahupun perempuan: Bapa saudaranya itu masih ~ walaupun sudah berumur tiga puluh lima tahun. 2 anak lelaki atau perempuan yg sudah dewasa atau yg sudah boleh berkahwin: Siapa namanya ~ yg membawa kopi itu? 3 orang lelaki yg bekerja di rumah orang; jongos: Tempat tidurnya sudah dikemaskan oleh ~nya. 4 tidak berpasangan atau tidak berkawan; tunggal: katil ~ katil yg muat hanya seorang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bujang

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Seperti gadis jolong bersubang,
     bujang jolong berkeris.

Bermaksud :

Sangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kifli Bujang SEL 1.57 PTG Kifli Bujang Mohon bertanya... foodtruck diterjemah kepada perkataan Kendera Saji? Adakah itu benar? Saya mahu menggunakan perkataan ini secara rasmi bagi kementerian.Padanan yang telah diterima pakai bagi food truck ialah trak makanan.Istilah26.09.2017
Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong KerisBak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh.Lain-lain13.03.2008
Apakah maksud air bujang dan air jarang?air bujang - minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb.
air jarang - air suam. Dipanggil air jarang oleh beberapa kawasan di Malaysia. Air jarang tidak diterima sebagai bahasa rasmi dan merupakan dialek sesuatu tempat. Terdapat beberapa tempat di Malaysia menggelarkan air jarang sebagai air putih, air mati, air suam dsb.
Tatabahasa25.08.2012
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
SAYA INGIN TAHU APAKAH MAKSUD SIMPULAN BAHASA "GELANG BUJANG"&"CUPAK HANYUT"

Cupak Hanyut: Lenggang yang lembut.

Gelang Bujang: Tiada dalam rekod. Sila rujuk buku-buku simpulan bahasa.

Makna12.03.2009
KEDAI GUNTING RAMBUT BUJANG BARBER SHOP ACADEMY HAIRCUTS AND SHAVESUntuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk PANDUAN PELANGGAN dan video YOUTUBE yang terdapat pada laman web tersebut untuk tatacara permohonan iklan.

Sila buat pembetulan berikut:
1. Sila pastikan BUJANG BARBER SHOP merupakan nama yang berdaftar dengan SSM. Sekiranya tidak berdaftar dengan SSM, campuran bahasa Melayu dan Inggeris tidak boleh digunakan. Sekiranya BUJANG merupakan nama pemilik kedai, sila nyatakan perkara ini pada bahagian Maklumat tentang Iklan ketika mengisi borang Maklumat Iklan.
2. Sila terjemah teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf.
Lain-lain12.10.2022
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?]Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan.Lain-lain17.11.2011
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini.Lain-lain16.04.2011
Bolehkah kita menggunakan perkataan "Puan" untuk bercakap dengan wanita bujang? Adakah Puan hanya untuk wanita berkahwin sahaja. Terimakasih.Boleh. Puan ialah kependekan bagi perempuan dan sapaan orang perempuan yang hadir dalam majlis.

Lain-lain18.11.2015
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.

Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan.

Lain-lain18.04.2011
12

Kembali ke atas